Antara Kelebihan-kelebihan Bulan Ramadhan ini adalah
- Dibuka pintu syurga, Di tutup pintu neraka dan Dibelenggu para syaitan
- Memperolehi kebaikan apabila bersegera berbuka puasa.
- Memasuki syurga melalui pintu Ar-Rayyan
- Diampunkan dosa lampau
- Kelebihan malam Lailatul Qadr.(malam lebih baik daripada seribu bulan)
- Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah
- Mendapat dua kegembiraan iaitu kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan bertemu dengan Tuhannya.
- DijarakkaN wajahnya dari Neraka.
Di bulan Ramadhan ini, kita seharusnya menjauhkan diri kita daripada melakukan perkara yang mensia-siakan dan perbuatan kemaksiatan agar puasa kita menjadi puasa yang sempurna dan diterima Allah. Oleh itu, kita digalakkan melakukan amalan-amalan sunat seperti bersedekah, membaca al-quran dan amalan-amalan sunat yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Holostinya, sucikan ramadhan ini dengan penuh ibadat kita kepada Allah agar mendapat keredhaan serta ganjaran yang berlipat ganda. Insya Allah.