Alhamdulillah, hari ini baru dapat diberi peluang sekali lagi untuk meluangkan bersama keluarga tersayang. Apa pun saya sangat bersyukur kerana ukhuwah kekeluargaan antara kami semua masih utuh walaupun kebanyakan daripada ahli keluarga saya masing-masing sibuk bekerja dan bersekolah dan sukar untuk meluangkan masa untuk masa yang panjang dalam bersuka ria. Ini pun dapat peluang seperti ini bila tibanya musim cuti sekolah. Hari ini kami sekeluarga pergi ke I-city shah alam untuk bermain air di water world i-city. Adik beradik semua terhibur bila dapat peluang bermain air seperti ini. Saya juga turut terhibur bila melihat masing masing bergelak ketawa penuh keseronokan bermain air.
Islamic Widget
Saturday, May 25, 2013
Keluarga pencetus kebahagiaan kami.
Alhamdulillah, hari ini baru dapat diberi peluang sekali lagi untuk meluangkan bersama keluarga tersayang. Apa pun saya sangat bersyukur kerana ukhuwah kekeluargaan antara kami semua masih utuh walaupun kebanyakan daripada ahli keluarga saya masing-masing sibuk bekerja dan bersekolah dan sukar untuk meluangkan masa untuk masa yang panjang dalam bersuka ria. Ini pun dapat peluang seperti ini bila tibanya musim cuti sekolah. Hari ini kami sekeluarga pergi ke I-city shah alam untuk bermain air di water world i-city. Adik beradik semua terhibur bila dapat peluang bermain air seperti ini. Saya juga turut terhibur bila melihat masing masing bergelak ketawa penuh keseronokan bermain air.
Wednesday, May 22, 2013
Meniti sebuah kejayaan yang diredhai.
"Aku mengharapkan keputusan final exam sem ni cemerlang. Kalau boleh aku nak terima lagi sijil anugerah dekan dan menjadi seorang pelajar terbaik fakulti"
inilah bisikan hati yang selalu hadir dalam diri setiap insan yang bernama pelajar. Hakikatnya, mencipta suatu kejayaan ini memang menjadi impian seorang mahasiswa atau pelajar. Bukan mudah untuk kita mencipta kejayaan lagi -lagi mencipta kejayaan itu seiring dengan memenuhi kehendak Allah. Ada juga yang sanggup mencipta kejayaan itu dengan cara yang salah & keji seperti meniru dalam peperiksaan. Persoalannya adakah kejayaan ini perlu dibanggakan atau tidak?? tepuk dada tanya diri. Kalau boleh biarlah kita mencipta kejayaan kita itu dengan usaha kita sendiri tanpa menggunakan jalan pintas seperti meniru dan sebagainya agar kejayaan tersebut memberi makna dan keberkatan dalam hidup kita ini.
Pensyarah saya ada berkata
"meskipun seorang pelajar yang berjaya dalam pelajaran disebabkan menipu, belum tentu diluar sana nanti apabila berada di alam pekerjaan pelajar itu akan berjaya. mungkin pelajar itu tidak berjaya di alam pekerjaan nya itu kerana dia memperolehi kejayaan yang tiada keberkatan"
apa pun keberkatan itu penting dalam kehidupan kita didunia yang ianya menjamin kebahagiaan di dunia ini.
Biar kita tidak berjaya dengan adanya keberkatan daripada kejayaan yang tiada keberkatan.
Ada beberapa tips yang saya pelajari untuk mencipta kejayaan yang diredhai ALLAH.
antaranya adalah :-
Rasulullah ada bersabda :
yang bermaksud: ( Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh kepadanya.
Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

- Kita belajar mestilah niat kerana ALLAH.
- Niatkan diri kita untuk menyebarkan ilmu.
Rasulullah ada bersabda :
عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له
yang bermaksud: ( Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh kepadanya.
- Sentiasa bermuhasabah diri dengan merasakan diri kita ini sentiasa jahil dan perlu dipenuhi dengan ilmu. sikap ini melatih diri kita untuk merendah diri ketika menuntut dan mencari ilmu.
- Jangan berputus asa dengan kegagalan. Setiap kegagalan bukan bererti kita tewas tetapi mungkin ia teguran dari Allah supaya kita boleh berusaha dan berusaha lebih dan mencuba strategi belajar yang lain. Manalah tahukan mungkin ia lebih berkesan.
- Belajarlah untuk ucap tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya. Ya , hari ini hari dia, esok lusa mungkin kejayaan kita pula. Allah itu maha adil. Jadikan ia semangat untuk kita berjaya seperti mereka. Sakit hati kepda kejayaan orang lain menunjukkan hati kita tidak sihat. Nauzubillah...
Apa pun, kita tahu bahawa kejayaan itu manis, namun kemanisannya akan hilang jika ia tidak dikongsikan bersama. Tetapi ia akan menjadi manis jika kejayaan itu bersama mendapat keredhaan Allah. Subhannallah.
Wednesday, May 1, 2013
Assalamualaikum...,<3
wah!! lama saya tak mengupdate blog ni... Maklum lah, agak sibuk sikit melakukan tugas yang diamanahkan ini. Apa pun saya bersyukur kerana masih dapat lagi peluang untuk mengemaskini blog saya yang tidak seberapa menarik tetapi berusaha untuk menariknya agar sama-sama kita mendapat ilmu dan pengajaran yang ada ini. Insha Allah.. =-)
Kali ini saya mahu berkongsi kan suka duka saya bersama sahabat-sahabat seperjuangan saya sepanjang semester ini di UiTM Jengka Cawangan Pahang. Kami daripada kos Diploma Sains yang merupakan salah satu kos yang terdapat di UiTM jengka ini. Walaupun jumlah kami sedikit sahaja berbanding kos-kos lain, tetapi ukhuwahfillah antara kami semua tetap utuh. Senior-senior daripada diploma sains semuanya sporting dan membantu antara satu sama lain jika memerlukan bantuan. Sebenarnya, saya rasa beruntung dan bertuah kerana dapat sahabat-sahabat yang mampu memberi kecerian dan kegembiraan kepada semua. Jadi apa yang saya dapat simpulkan daripada suka duka saya bersama sahabat-sahabat saya ini adalah Ukhuwah antara kita sesama sendiri. Dalam kehidupan kita ini, kita seharusnya mencari sahabat agar kehidupan kita lebih ceria dan dapat menambahkan semangat untuk terus hidup dimuka bumi INI. Dalam AL-QURAN juga ada juga menyuruh kita untuk berukhuwah.
Firman Allah SWT yang bermaksud,
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
(surah al-Hujurat : ayat 13)
Alangkah indahnya jika kita ada sahabat terutamanya bila sahabat itu mengingatkan kita tentang AGAMA yang mampu membimbing kita kearah jalan yang diredhai-Nya. Kawan yang seperti ini amat sukar kita temui kerana ia datang dan pergi tanpa kita sedari. Ada sahabat saya berkata
" Sahabat yang baik itu adalah dihantar oleh Allah untuk membantu dan membimbing kita menguruskan kehidupan kita mencari NUR Illahi..."
Disamping itu ada juga hadis yang menceritakan tentang sahabat yang baik yang harus kita contohi sifat dan akhlaknya yang baik iaitu :
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.”
(Hadis riwayat al-Hakim)
Bahkan Rasulullah juga ada perumpamaan sahabat yang baik didalam hadisnya juga iaitu
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.”
(Hadis riwayat Muslim)
Subhannallah!! indah kita jikalau dalam ukhuwah seperti ini. Semoga kita semua memperolehi sahabat yng baik yang mampu memberi manfaat kepada kita dan ikhlas dalam persahabatan.

~SALAM PERSAHABATAN SAHABAT-SAHABAT SEMUA!!!~
:=)
Subscribe to:
Posts (Atom)