-->
khalifah muda......

Islamic Widget

Saudaraku!!berjalan dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, Sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasanwalau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada ALLAH walau DIA tidak kelihatan..
KakiBLOGGER

Wednesday, August 31, 2011

mencarut @ mengeji...???


assalamualaikum....
hye reader...

Allah berfirman yang bermaksud
"Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap pencaci dan pengkeji." 
(al-Humazah: 1)"


zaman ini atau zaman pasca-globalisasi,segelintir masyarakat kini sering mencarut apabila sesuatu perkara itu tidak mencapai hasrat mereka. Mencarut juga ditakrifkan sebagai perbuatan memaki-maki ataupun pengeluaran kata-kata kesat. Secara umumnya mencarut adalah kelakuan yang tidak membawa sebarang faedah. perbuatan ini bukan sahaja membazir masa, malah mampu menjejaskan mentaliti pengamalnya.
Buruk nampak orng lelaki mencarut, buruk lagi kalau perempuan mencarut.
pada masa yang sama, perbuatan mencarut akan mengurangkan rasa hormat orang ramai terhadap diri 
seseorang. Seseorang itu dianggap kurang beradab, dan mempunyai mentaliti yang kurang matang.
Dalam kebudayaan orang Melayu pula, mereka yang mencarut biasanya dikatakan kurang ajar. Ini membawa maksud yang amat keras, iaitu mempunyai ibubapa yang yang tidak mengajar tertib kepada anaknya disebabkan salah satu sebab iaitu kejahilan, kurang pendidikan, berasal dari keturunan tidak baik, dan lain-lain.

Kepada org yang suka mencarut, hentikanlah perbuatan itu. Usaha penuh keimanan! Jangan merendahkan martabat diri kita sendiri dengan mencarut. Jangan dibiarkan lidah kita terbiasa mencarut, takut-takut sampai ke tua, lidah pun sudah liat hendak berhenti mencarut. Jangan sampai orang menutup mata dengan syahadah, kita pula menutup mata dengan mencarut. Nauzubillah...
"Ya Allah, peliharalah lidah kami"


Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

Posted by amirul azizi at 7:42 PM 1 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

kemerdekaan nrgaraku Malaysia ke_54

hari ini adalah hari ulang tahun kemerdekaan kita yang ke-54.
banyak pengajaran yang kita dapati daripada peristiwa tersebut.
bukan mudah untuk kita mencapainya tanpa kebijaksanaan pemimpin-pemimpin negara kita. kita juga bersyukur kerana kita dapat memiliki tanah air yang aman dan damai serta mempunyai ekonomi yang maju dalam pelbagai bidang yang di ceburi. Kadang-kadang diantara kita ni kurang menghargai jasa pejuang-pejuang kita yang terdahulu yang menuntut kemerdekaan negara ini..Jadi, apa salahnya kalau kita pupukkan semangat patriotik terhadap tanah air kita yang tercinta yang menjadi tempat kelahiran kita suatu ketika dahulu.
Jesteru, pena ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE_54...semoga negara kita akan berkembang lebih maju setanding dengan negara luar. Bak Kata pepatah Melayu..."duduk sama rendah berdiri sama tinggi"...
Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

Posted by amirul azizi at 4:24 AM 0 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, August 28, 2011



AMALAN-AMALAN  MULIA DI HARI RAYA AIDILFITRI



Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk: -
1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri.
2) Menjamah makanan sebelum kelua dari rumah.
3) Memperbanyakkan Takbir.
4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ; Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Contohnya,”Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.
5) Memakai pakaian terbaik yang ada; Bagaimanapun, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Demikian juga, tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam).
6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi)
7) Berziarah dan merapatkan silaturahimi sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.


oleh itu..di hari aidilfitri ini, kita haruslah kembali kepada fitrah kita iaitu kembali kepada kesucian dosa yang mana ramadhan banyak melatih diri kita untuk menjadi yang terbaik..
Akhir Kata dari saya sendiri..Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir wal batin..

Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

Posted by amirul azizi at 6:43 AM 1 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, August 26, 2011





LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan. Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. 
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya" Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
menyebut
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.
Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar

Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

Posted by amirul azizi at 8:11 AM 0 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my happy birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

Islamic Clock

Islamic Calendar

Amirul Azizi...
22 march 1994....
Banting SELANGOR....
hidup sentiasa mencari keredhaan Sang Khaliq yang maha Agung.....

Facebook Badge

Amirul Ibnu Amer

Create Your Badge

Powered By Blogger



coretan murabbi

  • Zaharuddin.net
    Soalan Popular Simpanan Syariah : Ulasan Tahap Orang Awam
    8 years ago
  • blog rojak
    Orang-orang Yang Akan Menanggung Dosa Kerana Seorang Wanita
    13 years ago
  • Menjadi pribadi yang bermanfaat

aku....

aku....

pelajar 4 IMAN 2010 (science student)

kunjungan sahabat..

web analyzer
Find ISP Access


Majlis Pimpinan Pelajar 2010/2011

pengikut yang saya sangat hargai...!!

ruang bersantai

blog ilmu....

  • Dakwah Bil Hikmah
    -
  • e-Hadith ::
    -
  • wasiat terakhir rasulullah
    -

Blog Archive

  • ►  2013 (5)
    • ►  December (1)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
  • ►  2012 (15)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  April (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (6)
  • ▼  2011 (29)
    • ►  December (10)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ▼  August (4)
      • mencarut @ mengeji...???
      • kemerdekaan nrgaraku Malaysia ke_54
      • AMALAN-AMALAN  MULIA DI HARI RAYA AIDILFITRI ...
      • LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN 1...
    • ►  July (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (6)

aku & frenz....

aku & frenz....

In Memory

In Memory
SAMUSKD IN MEMORY

In mEmory

In mEmory
SAMBBST iN memory

kenangan di pulau langkawi

Ruang bacaan

  • http://www.nst.com.my
  • http://www.penulisan2u.my

coretan sahabat..

  • akhi syahmie
    Mengapa Berhenti?
    2 months ago
  • ukhti sera azwa
    [REVIEW] GARNIER Color Naturals
    6 years ago
  • //Laskar Pelangi
    Wake UP , pleasa !!
    10 years ago
  • khalifah muda......
    Adakah berbalas cintaku???
    11 years ago
  • LangitBiru :D
    Ramadhan .. Gonna miss you
    11 years ago
  • akhi faris nordin
    Memaknai jalan dakwah ini
    12 years ago
  • SebiruHariKita
    Umrah??
    12 years ago
  • ukhti syafua ain
    Temuduga Darul Quran
    13 years ago
  • akhi basyir bulz
    2012
    13 years ago
  • akhi apek
  • akhi amar shafie
Show 5 Show All
Share
Blacy Smiley - Big Smile
Blacy Smiley - Big Smile), default;} a:hover {cursor:url(Sasuke's Mangekyō Sharingan),wait;}
copyright by khalifah muda.... Theme images by micheldenijs. Powered by Blogger.
Sharingan 3 - Naruto