Ramai manusia yang mengharap dirinya untuk jatuh cinta lalu
selepas merasakan dirinya dicintai, membalas pula huluran kasih dengan
cinta yang serupa. Maka jadilah dua insan yang bercinta & kasih mengasihi.
Alangkah indahnya kala cinta bersemi, lebih indah lagi apabila kasih yang
diberi berbalas cinta sejati.
Tetapi jika cinta tidak
dihiraukan, kasih diketepikan bagai bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi.
Umpama menghulur sebungkus hadiah dan akhirnya mendarat sebagai sampah. Sungguh
pedih dan menyakitkan. Inilah yang selalu orang frust bila cinta tidak
berbalas. Dugaan dunia..
Akan tetapi, semua itu hanyalah
contoh cinta sesama manusia dan ianya jauh berbeza berbanding cinta kepada
Allah selaku pencipta kita.
Cinta Illahi bukannya seperti
cinta romeo & Juliet dan bukannya umpama luahan cinta seorang jejaka kepada gadis idamannya
sehingga ketika penolakan yang diterima, maka mengalirlah air mata dan
hancurlah jiwa. Andai cinta manusia berakhir dengan kedukaan, penderitaan &
kasih yang diharapnya tidak kesampaian dan diakhiri dengan curahan air mata,
maka cinta Allah jauh beza daripada semua itu.
Yang pasti, cinta Illahi akan
berakhir dengan kebahagian. Mencintai & merinduiNya membuatkan diri berasa
tenang & nyaman. Rasa kasih kepadaNya walaupun mengalirkan air mata tetapi
ianya menghidupkan jiwa untuk terus tunduk kepadaNya. Subhannallah!!
Persoalannya, berapa ramai yang
mengambil berat tentang ungkapan cinta kepadaNya beriring rasa khuatir akan
berbalaskah cinta mereka kepadaNya???
Allah telah menguar-uarkan dalam firmannya yang
bermaksud ;
“Katakanlah
(wahai Muhammad) :’ Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah Aku,
nescaya Allah mengasihi & mengampuni dosa-dosamu’. Dan Allah maha pengampun
lagi maha Penyayang”.
(Surah
Al-Imran 3:31)
Imam Al-Hasan Al-Basri rhm ada
mengungkapkan ;
“satu kaum mengakui mencintai
Allah, lalu Allah menguji mereka dengan ayat ini.”
(Ibn Kathir, Tafsir Al-Quran
al-Azim,jil.2)
“Ujian Cinta” yang Allah letakkan pada ayat diatas tepat
sebagai kayu ukur atas dakwaan seseorang itu mencintai Allah. Pada masa ini,
berapa ramai manusia yang mengakui mencintai atau beriman kepada Allah tetapi
sering melanggar perintah & laranganNya??
Ditambah pula kesibukan kita
mengejar pangkat, harta sehingga munajat & doa kepadaNya semakin hilang
akibat kesibukan kita. Dan ada yang lebih malang lagi, ada yang mendahulukan
kehendak hawa nafsu semata-mata daripada mengutamakan kehendak Illahi. Inikah yang
diuar-uarkan sebagai mencintai-Nya??
Tepuk dada Tanya iman kita……….
Oleh itu, seseorang yang
seringkali mengungkapkan cinta kepadaNya akan menimbulkan rasa malu terlebih
dahulu kemudian disusuli rindu berbelai tangisan hiba…
Namun,persoalan dalam pemikiranku
adakah berbalas cintaku???
“Wahai
orang yang beriman, sesiapa antara kamu yang murtad daripada agamanya, kelak
Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun
mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap mukmin, yang bersikap keras
terhadap kafir, yang berjihad di jalan Allah & yang tidak takut terhadap
celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah,diberikan-Nya kepada
sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah maha luas lagi maha mengetahui.”
(Surah
Al-Maidah 5:54)
Akhir sekali, cinta itu kita
buktikan melalui peakuan, perkataan
& perbuatan yang mendekatkan kita kepada DIA yang kita cintai. Sesungguhnya
tiada yang lebih indah selain memperolehi cinta dariNya.
Perbanyakkan membasahi lidah
dengan memujiNya dan semoga memperolehi cinta dariNya. Insha ALLAH…=)
Daripada
Abu Hurairah R.a., Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Jika
Allah mencintai hambanya, maka Dia berfirman (yang bermaksud) :’ wahai Jibrail,
sesungguhnya Aku mencintai si polan, maka cintailah dia.”
(Riwayat Al-Bukhari
& Muslim)
0 komen sahabat:
Post a Comment