Salam diberi untuk sidang pembaca....
Jawab salam ye...jangan sombong-sombong x nak jawab salam tu ye...haha...

Perasaan Sombong itu memang penyakit hati yang sering melanda dalam diri kita lebih-lebih diakhir zaman ini...Kita juga tahu bahawa orang yang sombong itu ialah manusia yang memandang dirinya itu sangat hebat, sangat sempurna dari pelbagai segi & semua aspek dirinya..manusia ini juga sering memandang rendah terhadap orang di sekelilingnya & menganggap orang lain tak mampu mengerjakan sesuatu urusan....Kenapa pula kita nak ada perasaan segini yang hanya akan memberi kesan yang tak baik kepada seseorang yang bersikap sombong...??
Kekasih Allah juga ada menjelaskan kepada umatnya tentang bahayanya kita
mempunyai sikap sombong..
Daripada Abdullah Bin Mas'ud, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Tidak masuk syurga sesiapa yang dalam hatinya mempunyai sedikit sifat sombong." Kemudian
sesorang berkata :" ( Ya Rasulullah ..sesunguhnya seseorang itu suka pakaian & kasut yang bagus". Baginda pon bersabda: " Sesungguhnya Allah itu indah & amat suka akan keindahan, (dan dimaksudkan dengan kesombogan ialah menolak kebenaran & merendahkan orang lain."
(riwayat Muslim...)