Hai sahabat-sahabat yang dirahmati Allah...Semoga kalian sentiasa dibawah rahmat ilahi..
Kali ini saya teringin nak share ilmu yang saya dapat kepada sahabat-sahabat yang saya hormati sepertimana yang telah diuar-uarkan didalam hadith sahih...

(Hadith riwayat Bukhari & Muslim)
sesuatu yang saya hendak kongsikan kepada sahabat2 sekelian adalah satu rahsia yang bakal mengubah diri seorang pelajar menjadi yang hebat..Adakah kita ini sedia untuk mengetahui rahsianya?? Baiklah, Rahsia untuk menjadi seorang pelajar yang hebat adalah dengan sentiasa bermuhasabah di dalam kelas ataupun di dewan kuliah...
Sebelum itu, adakah kita ini mengetahui apa itu muhasabah?? Muhasabah ini aalah merenung semula kebelakang dan membuka jalan yang selesa dihadapan. Maksudnya disini kita sebagai seorang pelajar merenung input-input dan ilmu-ilmu yang kita pelajari dari guru-guru , pensyarah & seumpamanya semasa sesi pembelajaran yang sebelumnya.Contohnya, semasa kita menantikan lecturer Biologi masuk ke kelas, kita seharusnya Menyemak ilmu yang kita pelajari sebelumnya dalam kelas Biologi..