
بسم الله الرحمن الرحيم
"wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela
agama Allah (Islam) nescaya Allah membela kamu ( untuk mencapai
kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu"
(QS 47;7)
kita yakin dan tidak rugi pun untuk menegakkan agama Allah yang begitu indah &
syumuliah. Akan tetapi, manusia akan berfikir yang mana mereka tiada masa untuk
mendekatkan & melapangkan diri kepada Allah walaupun seketika dengan alasan mereka sibuk
mengejar syurga dunia yang hanya sementara sahaja.
"akhi, jom pergi masjid?? ada bacaan yassin & ceramah ". sahabat A.
"takpe lah akhi, ana sibuk nak study ni. esok ada test..." sahabat B.
kita tidak perlu risau dengan masa kita untuk digunakan pada jalan Allah kerana masa itu
milik Allah & sungguh beruntungnya orang mukmin yang menggunakan
masanya untuk jalan Allah.
بسم الله الرحمن الرحيم
"Demi masa! sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, melainkan
orang-orang yang beriman & beramal soleh & mereka pula berpesan-pesan
dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar"
(QS 103:1-3)
Oleh itu, janganlah kita berfikiran sempit yang mana jikalau kita guna masa itu pada jalan Allah, pada masa kemudiannya kita akan rugi. Ingatlah segala rezeki & peluang itu datangnya
dari Allah S.A.W dan bukannya dari kita. Kita selaku hamba Nya hanya mampu berusaha & berdoa
untuk mencapainya.
Moga kita bukan tergolong dalam kalangan mereka yang rugi..
Insya Allah...=)