-->
khalifah muda......

Islamic Widget

Saudaraku!!berjalan dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, Sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasanwalau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada ALLAH walau DIA tidak kelihatan..
KakiBLOGGER

Sunday, December 29, 2013

Adakah berbalas cintaku???

Hakikatnya kita sering mengucapkan cinta kepada Allah tetapi pernah tak terfikir yang adakah Allah menerima cinta kepada kita???

Ramai manusia yang mengharap dirinya untuk jatuh cinta lalu selepas merasakan dirinya dicintai, membalas pula huluran kasih dengan cinta yang serupa. Maka jadilah dua insan yang bercinta & kasih mengasihi. Alangkah indahnya kala cinta bersemi, lebih indah lagi apabila kasih yang diberi berbalas cinta sejati.  
Tetapi jika cinta tidak dihiraukan, kasih diketepikan bagai bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi. Umpama menghulur sebungkus hadiah dan akhirnya mendarat sebagai sampah. Sungguh pedih dan menyakitkan. Inilah yang selalu orang frust bila cinta tidak berbalas. Dugaan dunia..

Akan tetapi, semua itu hanyalah contoh cinta sesama manusia dan ianya jauh berbeza berbanding cinta kepada Allah selaku pencipta kita.
Cinta Illahi bukannya seperti cinta romeo & Juliet dan bukannya umpama luahan  cinta seorang jejaka kepada gadis idamannya sehingga ketika penolakan yang diterima, maka mengalirlah air mata dan hancurlah jiwa. Andai cinta manusia berakhir dengan kedukaan, penderitaan & kasih yang diharapnya tidak kesampaian dan diakhiri dengan curahan air mata, maka cinta Allah jauh beza daripada semua itu.
Yang pasti, cinta Illahi akan berakhir dengan kebahagian. Mencintai & merinduiNya membuatkan diri berasa tenang & nyaman. Rasa kasih kepadaNya walaupun mengalirkan air mata tetapi ianya menghidupkan jiwa untuk terus tunduk kepadaNya. Subhannallah!!
Persoalannya, berapa ramai yang mengambil berat tentang ungkapan cinta kepadaNya beriring rasa khuatir akan berbalaskah cinta mereka kepadaNya???

Allah  telah menguar-uarkan dalam firmannya yang bermaksud ;
“Katakanlah (wahai Muhammad) :’ Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah Aku, nescaya Allah mengasihi & mengampuni dosa-dosamu’. Dan Allah maha pengampun lagi maha Penyayang”.
(Surah Al-Imran 3:31)

Imam Al-Hasan Al-Basri rhm ada mengungkapkan ;
“satu kaum mengakui mencintai Allah, lalu Allah menguji mereka dengan ayat ini.”
(Ibn Kathir, Tafsir Al-Quran al-Azim,jil.2)

“Ujian Cinta”  yang Allah letakkan pada ayat diatas tepat sebagai kayu ukur atas dakwaan seseorang itu mencintai Allah. Pada masa ini, berapa ramai manusia yang mengakui mencintai atau beriman kepada Allah tetapi sering melanggar perintah & laranganNya??
Ditambah pula kesibukan kita mengejar pangkat, harta sehingga munajat & doa kepadaNya semakin hilang akibat kesibukan kita. Dan ada yang lebih malang lagi, ada yang mendahulukan kehendak hawa nafsu semata-mata daripada mengutamakan kehendak Illahi. Inikah yang diuar-uarkan sebagai mencintai-Nya??
Tepuk dada Tanya iman kita……….

Oleh itu, seseorang yang seringkali mengungkapkan cinta kepadaNya akan menimbulkan rasa malu terlebih dahulu kemudian disusuli rindu berbelai tangisan hiba…
Namun,persoalan dalam pemikiranku  adakah berbalas cintaku???

“Wahai orang yang beriman, sesiapa antara kamu yang murtad daripada agamanya, kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap mukmin, yang bersikap keras terhadap kafir, yang berjihad di jalan Allah & yang tidak takut terhadap celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah,diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah maha luas lagi maha mengetahui.”
(Surah Al-Maidah 5:54)
Akhir sekali, cinta itu kita buktikan  melalui peakuan, perkataan & perbuatan yang mendekatkan kita kepada DIA yang kita cintai. Sesungguhnya tiada yang lebih indah selain memperolehi cinta dariNya.
Perbanyakkan membasahi lidah dengan memujiNya dan semoga memperolehi cinta dariNya. Insha ALLAH…=)

Daripada Abu Hurairah R.a., Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Jika Allah mencintai hambanya, maka Dia berfirman (yang bermaksud) :’ wahai Jibrail, sesungguhnya Aku mencintai si polan, maka cintailah dia.”
(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)


Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

Posted by amirul azizi at 6:42 AM 0 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my happy birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

Islamic Clock

Islamic Calendar

Amirul Azizi...
22 march 1994....
Banting SELANGOR....
hidup sentiasa mencari keredhaan Sang Khaliq yang maha Agung.....

Facebook Badge

Amirul Ibnu Amer

Create Your Badge

Powered By Blogger



coretan murabbi

  • Zaharuddin.net
    Soalan Popular Simpanan Syariah : Ulasan Tahap Orang Awam
    8 years ago
  • blog rojak
    Orang-orang Yang Akan Menanggung Dosa Kerana Seorang Wanita
    13 years ago
  • Menjadi pribadi yang bermanfaat

aku....

aku....

pelajar 4 IMAN 2010 (science student)

kunjungan sahabat..

web analyzer
Find ISP Access


Majlis Pimpinan Pelajar 2010/2011

pengikut yang saya sangat hargai...!!

ruang bersantai

blog ilmu....

  • Dakwah Bil Hikmah
    -
  • e-Hadith ::
    -
  • wasiat terakhir rasulullah
    -

Blog Archive

  • ▼  2013 (5)
    • ▼  December (1)
      • Adakah berbalas cintaku???
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
  • ►  2012 (15)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  April (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (6)
  • ►  2011 (29)
    • ►  December (10)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (6)

aku & frenz....

aku & frenz....

In Memory

In Memory
SAMUSKD IN MEMORY

In mEmory

In mEmory
SAMBBST iN memory

kenangan di pulau langkawi

Ruang bacaan

  • http://www.nst.com.my
  • http://www.penulisan2u.my

coretan sahabat..

  • akhi syahmie
    Mengapa Berhenti?
    2 months ago
  • ukhti sera azwa
    [REVIEW] GARNIER Color Naturals
    6 years ago
  • //Laskar Pelangi
    Wake UP , pleasa !!
    10 years ago
  • khalifah muda......
    Adakah berbalas cintaku???
    11 years ago
  • LangitBiru :D
    Ramadhan .. Gonna miss you
    11 years ago
  • akhi faris nordin
    Memaknai jalan dakwah ini
    12 years ago
  • SebiruHariKita
    Umrah??
    12 years ago
  • ukhti syafua ain
    Temuduga Darul Quran
    13 years ago
  • akhi basyir bulz
    2012
    13 years ago
  • akhi apek
  • akhi amar shafie
Show 5 Show All
Share
Blacy Smiley - Big Smile
Blacy Smiley - Big Smile), default;} a:hover {cursor:url(Sasuke's Mangekyō Sharingan),wait;}
copyright by khalifah muda.... Theme images by micheldenijs. Powered by Blogger.
Sharingan 3 - Naruto