-->
khalifah muda......

Islamic Widget

Saudaraku!!berjalan dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, Sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasanwalau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada ALLAH walau DIA tidak kelihatan..
KakiBLOGGER

Tuesday, January 17, 2012

sahabat lama....

Akhirnya dapat juga saya menyiapkan entri baru baru saya setelah mendapat  bahan-bahannya  yangtelah mencukupi..Selepas beberapa tahun yang  lama terpisah setelah saya dan sahabat-sahabat menamatkan sesi persekolahan di sekolah rendah yang terindah iaitu di Sekolah Kebangsaan Sungai Kelambu & Sekolah Rendah Agama Sungai Kelambu, Banting Selangor ...Sahabat-sahabat saya semua telah menuju ke haluan masing-masing..ada yang telah menyambung pelajarannya di SBP, SAM, SMK dan lain-lain sekolah untuk mendapat pendidikan yang mencukupi...Kini, setelah kami semua tamat alam persekolahan...akhirnya dapat juga 


saya dan sahabat-sahabat di sekolah rendah dahulu dapat berjumpa dan bersua muka...tengok gaya sahabat-sahabat saya semua telah berubah berbanding semasa di sekolah rendah dahulu...Maklumlah dulu zaman kanak-kanak..kini semua nak cover macho & ayu..hehe...apakan daya..itu dah jadi lumrah atau trend remaja masa kini...Saya & beberapa sahabat seperjuangan saya yang lama berjumpa  di Banting Superbowl, Banting untuk sama-sama bermain bowling...saya dan sahabat-sahabat tidak putus-putus untuk menunjukkan skil masing-masing yang lama terpendam...Antara sahabat-sahabat saya yang join reunion yang tak seberapa rasmi ini ialah asnawi, naqiuddin, lokman, aizat, zahar, shafini, fatin,ana, & cahaya....kami berasa seronok setelah bermain bowling bersama-sama...Lokman telah muncul sebagai juara bowling diantara kami semua..hehe...Setelah kami tamat bermain bowling, Kami semua terus menuju ke KFC untuk menikmati makan tengah hari...kami semua berasa lapar & tak sabar-sabar nak makan...kami makan dengan ceria & banyak bertukar cerita antara sahabat-sahabat lama saya...kami sempat membincang aktiviti reunion kami & sahabat-sahabat lama sekolah rendah untuk aktiviti seterusnya..


"Sebaik-baik sahabat di sisi ALLAH ialah mereka yang terbaik terhadap temannya
dan sebaik-baik jiran di sisi ALLAH ialah orang yang terbaik terhadap jirannya"
(hadis riwayat Al-Hakim)





Bersyukur kerana mendapat sahabat yang baik seperti kalian...




Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

Posted by amirul azizi at 10:09 PM 0 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, January 4, 2012

Tahun Baru....Azam baru 2012........

Akhirnya tahun 2011 telah melabuhkan tirainya pada 31 December 2011 iaitu pada pada hari Sabtu yang lepas...Banyak kenangan yang sweet telah tercipta pada tahun 2011...Kini telah 5 hari genap  kita di tahun 2012 yang bakal kita lalui...Alam persekolahan telah pun berlalu...terasa pula diri  ini pula hendak berada di alam persekolahan yang banyak mengajar kita tentang kehidupan....tapi apa kan daya, diri ini semakin hari, semakin meningkat umurnya...Saya mengharapkan agar pada tahun ini dapat menjadi yang terbaik berbanding pada tahun lepas kerana perubahan ini merupakan salah satu daripada konsep hijrah yang di tuntut oleh agama untuk kemajuan sesebuah bangsa khususnya bagi mereka yang beragama Islam.... Disamping itu, bagi mereka yang banyak membantu saya pada tahun lepas iaitu Tahun 2011...terima kasih diucapkan kerana kalian telah membuat diri saya menjadi lebih baik & banyak memberi tunjuk ajar kepada saya yang mana tidak terbalas budi tersebut dengan nilai wang ringgi semata-mata khususya kepada guru-guru dan sahabat-sahabat tak kira mana jua sama ada dari Sek Rendah mahupun di Sekolah menengah...Ape pun di harapkan di tahun 2012 ini akan menjanjikan seribu satu perubahan yang positif terhadap saya sendiri...insya Allah....

Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

Posted by amirul azizi at 6:31 PM 0 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, December 24, 2011

suaka duka perjuangan khalifah STISS 2010/2011


~hasil bidikan BOSS MPP 2010/2011~
~THANK YOU~

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

Posted by amirul azizi at 8:10 PM 0 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, December 23, 2011

ekspedisi Majlis Pimpinan Pelajar 2010/2011 ke Pulau Langkawi Part 4



ALHAMDULILLAH



Pada 18 Desember...kami semua Majlis Pimpinan Pelajar 2010/2011 meneruskan ekspedisi kami ke Geoforest Park untuk melihat keindahan alam semulajadi ciptaan Allah yang maha bijaksana & maha pencipta. Kami bertolak ke Geopforest park pada pukul 9.00 pagi...dan kami semua tiba lebih kurang pada pukul 10 pagi....
Saya sendiri melihat keindahan di kawasan ini amat indah & sehingga menyentuh kalbu....Banyak sampan & bot bergiat aktif membawa para pelancong bersiar-siar...memang seronok rasanya bila kami semua menaiki bot yang mempunyai kelajuan kuasa kuda yang tinggi...Agak sesak jugak r melihat bot-bot yang sedang membawa para pelancong...
Perjalanan kami menaiki bot menuju ke gua kelawar..semasa kami semua berada di gua kelawar, banyak kelawar yang sedang bergantungan di dinding gua tersebut...Sungguh indah permandangan yang terdapat di dalam gua kelawar..macam-macam bentuk yang ada di setiap dinding di gua tersebut...

Selepas Kami semua beredar ke dari Gua Kelawar, seterusnya bot yang kami naiki menuju ke tempat melihat ikan...Kami semua dapat melihat binatang air seperti ikan pari, Udang galah & pelbagai lagi kehidupan laut ciptaan yang maha pencipta lagi maha bijaksana. Sterusnya kami semua menuju ke tempat untuk melihat burung helang berterbangan di udara...
sungguh unik pergerakan yang dilakukan oleh burung rasmi pulau langkawi. Selepas itu kami semua pergi ke tengah laut untuk melihat pulau kasut....memang rupa kasut pun ada...hehe....
Selepas  kami semua melawati Geoforest Park...Kami menuju ke Pantai Tanjung Rhu Pulau Langkawi...(Bukan TANJUNG rHU kt sepang tu) untuk melihat keindahan pantai yang indah...Disamping kami melihat keindahannya, kami semua cuba elakkan diri kami semua melihat Dugong kering di tengah pantai..hehe...~paham-paham lar ye~ banyak pulau2 dan gunung ganang menghiasi permandangan di Pulau Langkawi yang penuh dengan sejarah...




Di Pantai tersebut, kami semua sempat menjamu selera makan tengah hari di tepi pantai...Makanan yang disediakan sungguh lazat...masing-masing mahu makanan mengikut selera yang sendiri...Di pantai tersebut juga, banyak barangan kraftangan yang disediakan untuk dibeli sebagai kenangan...Harga yang ditawarkan juga agak memuaskan & berbaloi....


Seterusnya kami mengakhiri ekspedisi ini dengan membeli belah di IDAMAN SURI...di situ banyak cenderahati yang boleh didapati untuk mereka yang tersayang..ape pon, harga di situ agak berbaloi...Banyak barangan yang kami beli tempat membeli belah itu....Kami meneruskan perjalanan ini ke Jeti untuk pulang...


sahabat putera

sahabat puteri




anyway...banyak kenangan yang telah tercipta bersama....
semoga ianya sentiasa segar dalam ingatan kita walaupun selepas ini
sahabat semua telah menuju ke haluan masing-masing...
Insya -Allah kita akan berjumpa lagi...

والسلام عليكم ورحمةالله وبركة





Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

Posted by amirul azizi at 7:32 AM 0 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: MPP 2010/2011

Tuesday, December 20, 2011

ekspedisi Majlis Pimpinan Pelajar 2010/2011 ke Pulau Langkawi Part 3

tugu helang.....
Kami meneruskan perjalanan kami ke Tugu Helang selepas kami semua berehat di rumah penginapan. Kami semua bertolak menuju ke tempat tersebut pada pukul 6 petang. Kami semua menuju ke sana mengambil masa 
kurang 15 minit untuk sampai ke tugu helang... AKHIRNYA sampai juga ke tempat yang ditujui. Kami 
Bersama Sir Din buat kali terakhir


aksi berani azam....
semua terpaksa berjalan kaki ke tempat tersebut...tiba2, kami ternampak seseorang dengan seekor ular yang besar. Kami ditawarkan untuk mencuba aksi berani tersebut...Akhirnya Azam, Amar , Ahmad & Abang Hizam telah mencuba aksi berani ini dengan seekor ular..Tengok je diorang bersama ular tersebut agak seronok pulak. Kami semua seronok & teruja melihat tugu yang agak besar walaupun ada yang sudah pergi melihatnya sebelum ini. Semasa kami semua berada di tugu tersebut, kami semua masing2  mengambil gambar untuk di jadikan kenangan yang bermakna selepas meninggalkan sekolah yang banyak berjasa kepada kita semua. Masing2 mengeluarkan possing yang tersendiri yang mempunyai pelbagai gaya..hehe...Langit kelihatan gelap dan kami semua meninggalkan kawasan tugu Langkawi dengan pelbagai kenangan yang telah tercipta bersama-sama. Sebelum kami semua pulang dan menuju ke tempat lawatan tersebut, sekali lagi kami telah bermain & mencuba aksi berani bersama ular..Kali ini kami semua ( bakal-bakal ustaz yang berkopiah) mencuba aksi berani tersebut dengan beraninya...hehe...
Agak rasa teruja bila dapat merasa memegang seekor ular yang besar.


skuad berkopiah mencuba aksi berani... 
Selepas itu kami semua terus pergi ke tempat membeli belah untuk ber shopping sakan....hehe... Masing-masing mengeluarkan wang perbelanjaan yang besar untuk membeli belah @ cenderahati sebagai kenang-kenangan yang penuh bermakna... Memang tak sah kalau kami semua tidak membeli coklat agak murah harganya....Kami semua diberi masa untuk membeli belah sakan lebih kurang 45 minit... Akhirnya kami semua puas selepas membeli belah kerana kami dapat apa yang kami inginkan..hehe...
Selepas itu, Bas yang kami naiki itu terus menuju ke sebuah chalet untuk menikmati Jamuan Terakhir 
Majlis Pimpinan Pelajar 2010/2011 STISS  & Hari Perpisahan Sir Khairuddin yang bakal pindah ke sekolah lain pada awal tahun hadapan. Rasa sedih je bila Sir Din mahu meninggalkan STISS kerana beliau juga telah banyak berjasa kepada sekolah & beliau juga merupakan pendakwah terhebat STISS...anyway, Jasa yang telah di sumbangkan oleh Sir Din terhadap sekolah amat bermakna & tidak terbalas dengan wang ringgit semata-mata. Kami semua menikmati jamuan tersebut dengan penuh selera kerana kami berasa lapar...hehe...
Semasa kami sedang menjamu selera, Azzam telah menyampaikan ucapannya sebagai presiden MPP pada malam tersebut. selepas itu Ustazah Umi telah menyampaikan ucapannya sebagai Guru penasihat MPP 2010/2011 dan di susuli oleh ucapan Sir Khairuddin sebagai ucapan terakhir beliau yang banyak berjasa terhadap MPP...Banyak nasihat & peringatan yang telah diberikan kepada kami semua. Pada jamuan tersebut, Kami Majlis Pimpinan Pelajar 2010/2011 telah diberi penghargaan  sebagai jasa terhadap sekolah... Lebih kurang 10.30 malam, kami semua bertolak pulang ke rumah penginapan untuk berehat sementara menunggu aktiviti kami seterusnya pada esok hari......





Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

Posted by amirul azizi at 9:53 PM 0 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

ekspedisi Majlis Pimpinan Pelajar 2010/2011 ke Pulau Langkawi Part 2



Selepas kami semua tiba di jeti Kuala Perlis pada 7.15 pagi pada 17 hb Desember 2011,
 Kami semua terus turun dari bas dan mengambil  barang2 kami lalu meninggalkan bas yang kami  naiki untuk seketika waktu.Kami semua telah diingatkan oleh pemandu bas yang kami naiki supaya menunggu di jeti sebelum pukul 8.00 pagi.  Kami terus bergegas menuju ke restoran
hidayat
yang berhampiran dengan jeti untuk berserapan seketika sebelum memulakan perjalanan yang panjang. Saya, hidayat, shukri, amar dan asif singgah di sebuah restoran yang mana restoran tersebut memberi keselesaan kepada kami.  Semasa di restoran tersebut, kami semua menjamu selera dengan khusyuk kerana kelaparan..hehe.. Apabila kami selesai menjamu selera..Kami semua telah di belanja oleh shukri..."Terima kasih syuk"...
asif & fauzani
  Selesai sudah kami menjamu selera, kami semua Majlis Pimpinan Pelajar terus bergegas ke jeti untuk menunggu feri...Feri yang kami naiki terpaksa bertolak pada pukul 8.15 pagi... kami terus menunggu feri tersebut selama lebih kurang 30 minit...

Alif , dayat & helmi...
Kami semua duduk di tempat yang telah disediakan oleh pihak jeti sementara menunggu giliran kami semua untuk menaikinya...Keadaan di jeti tersebut agak sesak jugak r...Akhirnya, giliran kami untuk menaiki feri telah tiba...Kami semua mengambil barang masing-masing dan membawanya ke Feri yang bakal kami naiki...Kami semua excited nak menaiki feri..hehe...selepas itu kami semua telah memasuki feri tersebut & duduk ditempat masing2 untuk menjamin keselesaan kami semua untuk sampai ke Pulau Langkawi yang kami tujui..Agak sesak jugak r semasa nak menaiki feri tersebut...
Perjalanan kami didahului dengan doa yang disampaikan oleh Alif Zulkifli untuk memberkati perjalanan kami.
proses minyak gamat
Kami memulakan perjalanan kami dengan keadaan yang ceria...Selepas beberapa minit perjalanan feri ke Pulau yang kami tujui, kami telah tertidur seketika kerana keletihan & tidak dapat tidur dengan selesa semasa di dalam bas...Selepas lebih kurang 1 Jam perjalanan ke sana, akhirnya kami tiba di jeti Langkawi..
Tibanya kami di Pulau Langkawi yang agak indah...kami semua terus bergegas keluar dari jeti & menunggu bas untuk membawa kami semua ke tempat melawat yang pertama...
aizat & ahmad merupakan salah seorang
pembeli minyak gamat.
ubat yang diperlukan oleh aizat & ahmad...
Tempat pertama yang akan kami lawati adalah ke tempat pemprosesan minyak gamat di MH Saujana    untuk melihat bagaimana minyak gamat diproses......agak komplikasi cara pembuatan minyak gamat yang menjadi medical treatment untuk para pengguna.. Di tempat pemprosesan minyak gamat ini juga, pemilik MH Saujana ini juga memberi penerangan kepada kami tentang khasiat dan kelebihan minyak gamat yang telah di hasilkan oleh MH Saujana Enterprise...Disitu juga diberikan cara melakukan @ mengubati sesuatu penyakit yang dialami..kami mengambil masa lebih kurang 30 minit berada di tempat pemprosesan tersebut..


muka ceria je naqi & asif walaupun x dapat naik
cable car...
Selepas kami semua ke tempat pemprosesan minyak gamat, Kami semua terus pergi ke tempat lawatan kami yang kedua iaitu ke Cable Car....Perjalanan kami ke sana mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai.. Apabila tiba di kawasan tersebut...Kami semua excited je nak menaiki cable car...Kami terpaksa beratur memanjang untuk menunggu giliran kami semua menaiki cable car tersebut...Kami menunggunya lebih kurang 2 jam untuk menunggu giliran kami semua...Malangnya, kami semua terpaksa pulang dengan kecewanya kerana tidak dapat menaiki cable car & x nak menganggu agenda seterusnya yang telah dirancang...
Kami semua terus check in ke rumah penginapan untuk berehat sementara menunggu event yang seterusnya.

Moral Value yang dapat diungkapkap daripada cable car ini ialah:
~ jangan lah mudah kecewa walaupun telah diuji sedikit..
ape pon semua tu ade hikmah nye di sebalik kejadian ini...





Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

Posted by amirul azizi at 6:05 AM 0 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, December 19, 2011

ekspedisi Majlis Pimpinan Pelajar 2010/2011 ke Pulau Langkawi Part 1



السلام عليكم ورحمةالله وبركة

Alhamdulillah....Pada 16 hb Desember 2011, Majlis Pimpinan Pelajar 2010/2011 
Salak Tinggi Islamic School (STISS) telah mengadakan lawatan
Ke Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman sebagai Aktiviti Terakhir bagi tempoh perkhidmatan
mereka yang banyak berjuang melakukan Amar Makruf Nahi Mungkar pada tahun 2011.
Sebelum memulakan perjalanan pada jam 10.15 malam, Kami diminta untuk berkumpul di Sekolah dan mendengar beberapa taklimat yang disampaikan oleh Sir Khairuddin Abas. Selepas itu, Sir Khairuddin telah 
telah memberi kepercayaannya kepada saya untuk membaca doa sebelum memulakan perjalanan
yang jauh untuk sampai ke destinasi.


 Semasa didalam Bas, Saya telah diminta oleh
Sir Khairuddin sekali lagi untuk menyampaikan tazkirah ringkas yang bertajuk " Perjalanan 
yang di Berkati" untuk menggantikan sahabat saya iaitu Irfan Fahmi yang mana dia telah menunggu Bas yang dinaiki kami di kawasan perhentian R&R Rawang, Selangor ...
Setelah bas kami berhenti dan mengambil dia di kawasan R&R tersebut...kami meneruskan perjalanan kami
ke destinasi yang kami tujui. Dalam perjalanan tersebut, kami telah diperdengarkan oleh ceramah
yang telah disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus didalam kaca televisyen yang telah disediakan oleh pihak
perkhidmatan bas kami....Kami meneruskan perjalanan kami ke kawasan R&R Taiping, Perak untuk mengambil sahabat seperjuangan kami iaitu Aini Akmalia untuk turut sertai kami dalam ekspedisi ini.
Selepas itu kami meneruskan perjalanan kami ke destinasi kami. Dalam perjalanan tersebut, kami semua 
telah berasa mengantuk lalu terus tertidur. Tiba di Sungai Dua, Pulau Pinang, bas yang kami naiki sekali lagi telah berhenti untuk mengambil sahabat kami iaitu Muhd Alif Zulkifli yang telah menunggu kedatangan bas kami disana...Setelah mengambil dia, kami meneruskan perjalanan kami ke Tempat untuk menaiki Feri untuk menuju ke Pulau Langkawi....Apabila azan subuh sudah berkumandang, bas yang kami naiki telah berhenti 
di hadapan sebuah masjid. Kami pun telah turun dari bas tersebut dan bergegas ke Masjid tersebut untuk 
menunaikan solat fardhu Subuh sebelum memulakan perjalanan yang seterusnya. Sahabat kami iaitu Muhammad Alif Zulkifli telah mengimami kami semua mengerjakan solah fardhu subuh di masjid tersebut...
Tidak lama kemudian, kami telah menaiki bas yang kami naiki untuk memulakan perjalanan yang seterusnya.
Semasa dalam perjalana ke Jeti menaiki feri, sahabat seperjuangan kami iaitu Amar Shafie telah mengetuai bacaan mathurat di dalam bas untuk memberkati lagi perjalanan kami.....Setelah
Selesai bacaan mathurat tersebut, kami semua telah tiba di
Jeti menaiki Feri dengan selamat...
Syukur, Alhamdulillah kami semua selamat sampai.
pada jam 7.15 pagi pada 17 hb Desember 2011..








Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

Posted by amirul azizi at 5:44 AM 0 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my happy birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

Islamic Clock

Islamic Calendar

Amirul Azizi...
22 march 1994....
Banting SELANGOR....
hidup sentiasa mencari keredhaan Sang Khaliq yang maha Agung.....

Facebook Badge

Amirul Ibnu Amer

Create Your Badge

Powered By Blogger



coretan murabbi

  • Zaharuddin.net
    Soalan Popular Simpanan Syariah : Ulasan Tahap Orang Awam
    9 years ago
  • blog rojak
    Orang-orang Yang Akan Menanggung Dosa Kerana Seorang Wanita
    13 years ago
  • Menjadi pribadi yang bermanfaat

aku....

aku....

pelajar 4 IMAN 2010 (science student)

kunjungan sahabat..

web analyzer
Find ISP Access


Majlis Pimpinan Pelajar 2010/2011

pengikut yang saya sangat hargai...!!

ruang bersantai

blog ilmu....

  • Dakwah Bil Hikmah
    -
  • e-Hadith ::
    -
  • wasiat terakhir rasulullah
    -

Blog Archive

  • ▼  2013 (5)
    • ▼  December (1)
      • Adakah berbalas cintaku???
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
  • ►  2012 (15)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  April (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (6)
  • ►  2011 (29)
    • ►  December (10)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (6)

aku & frenz....

aku & frenz....

In Memory

In Memory
SAMUSKD IN MEMORY

In mEmory

In mEmory
SAMBBST iN memory

kenangan di pulau langkawi

Ruang bacaan

  • http://www.nst.com.my
  • http://www.penulisan2u.my

coretan sahabat..

  • akhi syahmie
    Mengapa Berhenti?
    5 months ago
  • ukhti sera azwa
    [REVIEW] GARNIER Color Naturals
    6 years ago
  • //Laskar Pelangi
    Wake UP , pleasa !!
    11 years ago
  • khalifah muda......
    Adakah berbalas cintaku???
    11 years ago
  • LangitBiru :D
    Ramadhan .. Gonna miss you
    12 years ago
  • akhi faris nordin
    Memaknai jalan dakwah ini
    12 years ago
  • SebiruHariKita
    Umrah??
    13 years ago
  • ukhti syafua ain
    Temuduga Darul Quran
    13 years ago
  • akhi basyir bulz
    2012
    13 years ago
  • akhi apek
  • akhi amar shafie
Show 5 Show All
Share
Blacy Smiley - Big Smile
Blacy Smiley - Big Smile), default;} a:hover {cursor:url(Sasuke's Mangekyō Sharingan),wait;}
copyright by khalifah muda.... Theme images by micheldenijs. Powered by Blogger.
Sharingan 3 - Naruto