-->
khalifah muda......

Islamic Widget

Saudaraku!!berjalan dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, Sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasanwalau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada ALLAH walau DIA tidak kelihatan..
KakiBLOGGER

Monday, January 23, 2012

blog....penerus amal jariah ku....

Assalamualaikum....
hehe...
actually, aku nak share kat sahabat^2 atau korang korang semua yang mane 
ade blog tu kite bersyukur & rase bertuah...sebab ape???
sebab kite sendiri nie dah ade aset (pahala) yang berterusan sehingga ke hari ..


عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له 
Maksud hadis :

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

jangan baca sikit^2...ade lagi.....
Posted by amirul azizi at 8:45 AM 0 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, January 21, 2012

Hajat tidak kesampaian

Assalamualaikum sahabat-sahabat....

Dalam kehidupan kita nie, kita seringkali berdoa & bermohon suatu hajat yang baik untuk diri kita & dan orang lain...Mungkin sebahagian sahabat-sahabat pernah mendengar ungkapan "DOA ITU SENJATA MUKMIN". Dalam Al-quran juga, Allah ade menyatakan kepada kita semua selaku hambanya yang lemah yang mane DIA menyuruh Kita semua berdoa & bermohon suatu hajat kepada-NYA...."Mohonlah kepada-KU, nescaya akan Ku-kabulkan". Pernah juga junjungan besar Nabi Kita meriwayatkan yang mana Rasulullah menyuruh para sahabat nie mendirikan solat sunat hajat utk menyelesaikan msaalah kesempitan makanan pada musim kering suatu ketika duhulu...Semua ini menyuruh kita semua utk berdoa kepada Sang-Khaliq yang maha pencipta. Tapi bila dah berdoa, xdapat pulak...adakah kita nie akan pikir yang ALLAH tidak menunaikan janjinya???????????


Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

jangan baca sikit^2...ade lagi.....
Posted by amirul azizi at 5:38 AM 0 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: just share ilmu je...

Tuesday, January 17, 2012

sahabat lama....

Akhirnya dapat juga saya menyiapkan entri baru baru saya setelah mendapat  bahan-bahannya  yangtelah mencukupi..Selepas beberapa tahun yang  lama terpisah setelah saya dan sahabat-sahabat menamatkan sesi persekolahan di sekolah rendah yang terindah iaitu di Sekolah Kebangsaan Sungai Kelambu & Sekolah Rendah Agama Sungai Kelambu, Banting Selangor ...Sahabat-sahabat saya semua telah menuju ke haluan masing-masing..ada yang telah menyambung pelajarannya di SBP, SAM, SMK dan lain-lain sekolah untuk mendapat pendidikan yang mencukupi...Kini, setelah kami semua tamat alam persekolahan...akhirnya dapat juga 


saya dan sahabat-sahabat di sekolah rendah dahulu dapat berjumpa dan bersua muka...tengok gaya sahabat-sahabat saya semua telah berubah berbanding semasa di sekolah rendah dahulu...Maklumlah dulu zaman kanak-kanak..kini semua nak cover macho & ayu..hehe...apakan daya..itu dah jadi lumrah atau trend remaja masa kini...Saya & beberapa sahabat seperjuangan saya yang lama berjumpa  di Banting Superbowl, Banting untuk sama-sama bermain bowling...saya dan sahabat-sahabat tidak putus-putus untuk menunjukkan skil masing-masing yang lama terpendam...Antara sahabat-sahabat saya yang join reunion yang tak seberapa rasmi ini ialah asnawi, naqiuddin, lokman, aizat, zahar, shafini, fatin,ana, & cahaya....kami berasa seronok setelah bermain bowling bersama-sama...Lokman telah muncul sebagai juara bowling diantara kami semua..hehe...Setelah kami tamat bermain bowling, Kami semua terus menuju ke KFC untuk menikmati makan tengah hari...kami semua berasa lapar & tak sabar-sabar nak makan...kami makan dengan ceria & banyak bertukar cerita antara sahabat-sahabat lama saya...kami sempat membincang aktiviti reunion kami & sahabat-sahabat lama sekolah rendah untuk aktiviti seterusnya..


"Sebaik-baik sahabat di sisi ALLAH ialah mereka yang terbaik terhadap temannya
dan sebaik-baik jiran di sisi ALLAH ialah orang yang terbaik terhadap jirannya"
(hadis riwayat Al-Hakim)





Bersyukur kerana mendapat sahabat yang baik seperti kalian...




Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

Posted by amirul azizi at 10:09 PM 0 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, January 4, 2012

Tahun Baru....Azam baru 2012........

Akhirnya tahun 2011 telah melabuhkan tirainya pada 31 December 2011 iaitu pada pada hari Sabtu yang lepas...Banyak kenangan yang sweet telah tercipta pada tahun 2011...Kini telah 5 hari genap  kita di tahun 2012 yang bakal kita lalui...Alam persekolahan telah pun berlalu...terasa pula diri  ini pula hendak berada di alam persekolahan yang banyak mengajar kita tentang kehidupan....tapi apa kan daya, diri ini semakin hari, semakin meningkat umurnya...Saya mengharapkan agar pada tahun ini dapat menjadi yang terbaik berbanding pada tahun lepas kerana perubahan ini merupakan salah satu daripada konsep hijrah yang di tuntut oleh agama untuk kemajuan sesebuah bangsa khususnya bagi mereka yang beragama Islam.... Disamping itu, bagi mereka yang banyak membantu saya pada tahun lepas iaitu Tahun 2011...terima kasih diucapkan kerana kalian telah membuat diri saya menjadi lebih baik & banyak memberi tunjuk ajar kepada saya yang mana tidak terbalas budi tersebut dengan nilai wang ringgi semata-mata khususya kepada guru-guru dan sahabat-sahabat tak kira mana jua sama ada dari Sek Rendah mahupun di Sekolah menengah...Ape pun di harapkan di tahun 2012 ini akan menjanjikan seribu satu perubahan yang positif terhadap saya sendiri...insya Allah....

Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

Posted by amirul azizi at 6:31 PM 0 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, December 24, 2011

suaka duka perjuangan khalifah STISS 2010/2011


~hasil bidikan BOSS MPP 2010/2011~
~THANK YOU~

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

Posted by amirul azizi at 8:10 PM 0 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, December 23, 2011

ekspedisi Majlis Pimpinan Pelajar 2010/2011 ke Pulau Langkawi Part 4



ALHAMDULILLAH



Pada 18 Desember...kami semua Majlis Pimpinan Pelajar 2010/2011 meneruskan ekspedisi kami ke Geoforest Park untuk melihat keindahan alam semulajadi ciptaan Allah yang maha bijaksana & maha pencipta. Kami bertolak ke Geopforest park pada pukul 9.00 pagi...dan kami semua tiba lebih kurang pada pukul 10 pagi....
Saya sendiri melihat keindahan di kawasan ini amat indah & sehingga menyentuh kalbu....Banyak sampan & bot bergiat aktif membawa para pelancong bersiar-siar...memang seronok rasanya bila kami semua menaiki bot yang mempunyai kelajuan kuasa kuda yang tinggi...Agak sesak jugak r melihat bot-bot yang sedang membawa para pelancong...
Perjalanan kami menaiki bot menuju ke gua kelawar..semasa kami semua berada di gua kelawar, banyak kelawar yang sedang bergantungan di dinding gua tersebut...Sungguh indah permandangan yang terdapat di dalam gua kelawar..macam-macam bentuk yang ada di setiap dinding di gua tersebut...

Selepas Kami semua beredar ke dari Gua Kelawar, seterusnya bot yang kami naiki menuju ke tempat melihat ikan...Kami semua dapat melihat binatang air seperti ikan pari, Udang galah & pelbagai lagi kehidupan laut ciptaan yang maha pencipta lagi maha bijaksana. Sterusnya kami semua menuju ke tempat untuk melihat burung helang berterbangan di udara...
sungguh unik pergerakan yang dilakukan oleh burung rasmi pulau langkawi. Selepas itu kami semua pergi ke tengah laut untuk melihat pulau kasut....memang rupa kasut pun ada...hehe....
Selepas  kami semua melawati Geoforest Park...Kami menuju ke Pantai Tanjung Rhu Pulau Langkawi...(Bukan TANJUNG rHU kt sepang tu) untuk melihat keindahan pantai yang indah...Disamping kami melihat keindahannya, kami semua cuba elakkan diri kami semua melihat Dugong kering di tengah pantai..hehe...~paham-paham lar ye~ banyak pulau2 dan gunung ganang menghiasi permandangan di Pulau Langkawi yang penuh dengan sejarah...




Di Pantai tersebut, kami semua sempat menjamu selera makan tengah hari di tepi pantai...Makanan yang disediakan sungguh lazat...masing-masing mahu makanan mengikut selera yang sendiri...Di pantai tersebut juga, banyak barangan kraftangan yang disediakan untuk dibeli sebagai kenangan...Harga yang ditawarkan juga agak memuaskan & berbaloi....


Seterusnya kami mengakhiri ekspedisi ini dengan membeli belah di IDAMAN SURI...di situ banyak cenderahati yang boleh didapati untuk mereka yang tersayang..ape pon, harga di situ agak berbaloi...Banyak barangan yang kami beli tempat membeli belah itu....Kami meneruskan perjalanan ini ke Jeti untuk pulang...


sahabat putera

sahabat puteri




anyway...banyak kenangan yang telah tercipta bersama....
semoga ianya sentiasa segar dalam ingatan kita walaupun selepas ini
sahabat semua telah menuju ke haluan masing-masing...
Insya -Allah kita akan berjumpa lagi...

والسلام عليكم ورحمةالله وبركة





Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

Posted by amirul azizi at 7:32 AM 0 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: MPP 2010/2011

Tuesday, December 20, 2011

ekspedisi Majlis Pimpinan Pelajar 2010/2011 ke Pulau Langkawi Part 3

tugu helang.....
Kami meneruskan perjalanan kami ke Tugu Helang selepas kami semua berehat di rumah penginapan. Kami semua bertolak menuju ke tempat tersebut pada pukul 6 petang. Kami semua menuju ke sana mengambil masa 
kurang 15 minit untuk sampai ke tugu helang... AKHIRNYA sampai juga ke tempat yang ditujui. Kami 
Bersama Sir Din buat kali terakhir


aksi berani azam....
semua terpaksa berjalan kaki ke tempat tersebut...tiba2, kami ternampak seseorang dengan seekor ular yang besar. Kami ditawarkan untuk mencuba aksi berani tersebut...Akhirnya Azam, Amar , Ahmad & Abang Hizam telah mencuba aksi berani ini dengan seekor ular..Tengok je diorang bersama ular tersebut agak seronok pulak. Kami semua seronok & teruja melihat tugu yang agak besar walaupun ada yang sudah pergi melihatnya sebelum ini. Semasa kami semua berada di tugu tersebut, kami semua masing2  mengambil gambar untuk di jadikan kenangan yang bermakna selepas meninggalkan sekolah yang banyak berjasa kepada kita semua. Masing2 mengeluarkan possing yang tersendiri yang mempunyai pelbagai gaya..hehe...Langit kelihatan gelap dan kami semua meninggalkan kawasan tugu Langkawi dengan pelbagai kenangan yang telah tercipta bersama-sama. Sebelum kami semua pulang dan menuju ke tempat lawatan tersebut, sekali lagi kami telah bermain & mencuba aksi berani bersama ular..Kali ini kami semua ( bakal-bakal ustaz yang berkopiah) mencuba aksi berani tersebut dengan beraninya...hehe...
Agak rasa teruja bila dapat merasa memegang seekor ular yang besar.


skuad berkopiah mencuba aksi berani... 
Selepas itu kami semua terus pergi ke tempat membeli belah untuk ber shopping sakan....hehe... Masing-masing mengeluarkan wang perbelanjaan yang besar untuk membeli belah @ cenderahati sebagai kenang-kenangan yang penuh bermakna... Memang tak sah kalau kami semua tidak membeli coklat agak murah harganya....Kami semua diberi masa untuk membeli belah sakan lebih kurang 45 minit... Akhirnya kami semua puas selepas membeli belah kerana kami dapat apa yang kami inginkan..hehe...
Selepas itu, Bas yang kami naiki itu terus menuju ke sebuah chalet untuk menikmati Jamuan Terakhir 
Majlis Pimpinan Pelajar 2010/2011 STISS  & Hari Perpisahan Sir Khairuddin yang bakal pindah ke sekolah lain pada awal tahun hadapan. Rasa sedih je bila Sir Din mahu meninggalkan STISS kerana beliau juga telah banyak berjasa kepada sekolah & beliau juga merupakan pendakwah terhebat STISS...anyway, Jasa yang telah di sumbangkan oleh Sir Din terhadap sekolah amat bermakna & tidak terbalas dengan wang ringgit semata-mata. Kami semua menikmati jamuan tersebut dengan penuh selera kerana kami berasa lapar...hehe...
Semasa kami sedang menjamu selera, Azzam telah menyampaikan ucapannya sebagai presiden MPP pada malam tersebut. selepas itu Ustazah Umi telah menyampaikan ucapannya sebagai Guru penasihat MPP 2010/2011 dan di susuli oleh ucapan Sir Khairuddin sebagai ucapan terakhir beliau yang banyak berjasa terhadap MPP...Banyak nasihat & peringatan yang telah diberikan kepada kami semua. Pada jamuan tersebut, Kami Majlis Pimpinan Pelajar 2010/2011 telah diberi penghargaan  sebagai jasa terhadap sekolah... Lebih kurang 10.30 malam, kami semua bertolak pulang ke rumah penginapan untuk berehat sementara menunggu aktiviti kami seterusnya pada esok hari......





Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

Posted by amirul azizi at 9:53 PM 0 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my happy birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

Islamic Clock

Islamic Calendar

Amirul Azizi...
22 march 1994....
Banting SELANGOR....
hidup sentiasa mencari keredhaan Sang Khaliq yang maha Agung.....

Facebook Badge

Amirul Ibnu Amer

Create Your Badge

Powered By Blogger



coretan murabbi

  • Zaharuddin.net
    Soalan Popular Simpanan Syariah : Ulasan Tahap Orang Awam
    9 years ago
  • blog rojak
    Orang-orang Yang Akan Menanggung Dosa Kerana Seorang Wanita
    13 years ago
  • Menjadi pribadi yang bermanfaat

aku....

aku....

pelajar 4 IMAN 2010 (science student)

kunjungan sahabat..

web analyzer
Find ISP Access


Majlis Pimpinan Pelajar 2010/2011

pengikut yang saya sangat hargai...!!

ruang bersantai

blog ilmu....

  • Dakwah Bil Hikmah
    -
  • e-Hadith ::
    -
  • wasiat terakhir rasulullah
    -

Blog Archive

  • ▼  2013 (5)
    • ▼  December (1)
      • Adakah berbalas cintaku???
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
  • ►  2012 (15)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  April (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (6)
  • ►  2011 (29)
    • ►  December (10)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (6)

aku & frenz....

aku & frenz....

In Memory

In Memory
SAMUSKD IN MEMORY

In mEmory

In mEmory
SAMBBST iN memory

kenangan di pulau langkawi

Ruang bacaan

  • http://www.nst.com.my
  • http://www.penulisan2u.my

coretan sahabat..

  • akhi syahmie
    Mengapa Berhenti?
    5 months ago
  • ukhti sera azwa
    [REVIEW] GARNIER Color Naturals
    6 years ago
  • //Laskar Pelangi
    Wake UP , pleasa !!
    11 years ago
  • khalifah muda......
    Adakah berbalas cintaku???
    11 years ago
  • LangitBiru :D
    Ramadhan .. Gonna miss you
    12 years ago
  • akhi faris nordin
    Memaknai jalan dakwah ini
    12 years ago
  • SebiruHariKita
    Umrah??
    13 years ago
  • ukhti syafua ain
    Temuduga Darul Quran
    13 years ago
  • akhi basyir bulz
    2012
    13 years ago
  • akhi apek
  • akhi amar shafie
Show 5 Show All
Share
Blacy Smiley - Big Smile
Blacy Smiley - Big Smile), default;} a:hover {cursor:url(Sasuke's Mangekyō Sharingan),wait;}
copyright by khalifah muda.... Theme images by micheldenijs. Powered by Blogger.
Sharingan 3 - Naruto