-->
khalifah muda......

Islamic Widget

Saudaraku!!berjalan dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, Sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasanwalau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada ALLAH walau DIA tidak kelihatan..
KakiBLOGGER

Monday, December 31, 2012

Tahun Baru 2013 : azam baru..

Assalamualaikum,
Lama sudah saya tidak menaip atau meng-update
blog. Semoga hari ini memberi inspirasi untuk menaip blog untuk menyebarkan ilmu.
Insha Allah.

Sebelum itu, saya nak ucapkan kepada sahabat-sahabat semua" Ahlan wasahlan wamarhaban bikum
Tahun 2013"...Semoga dengan kehadiran tahun 2013 ini dapat mencipta sesuatu yang lebih hebat dari tahun-tahun sebelumnya.

Pada kebiasaanya pada tahun baru setiap tahun, setiap orang pasti akan memasang azam sebagai pemangkin semangat diri untuk perubahan dalam hidup mereka. Sedar atau tidak sedar, yang menjadi persoalan, adakah azam kita ditahun lepas itu kita berjaya dapatkan atau dapat dilaksanakan?? Bagi yang berjaya dapatkannya, Tahniah.. bagi yang belum dapatkan itu, usaha & terus berusaha untuk mendapatkannya. Insha Allah , akan tiba masa kita untuk realisasikan azam kita. Jangan berputus asa.  Akan tetapi, ada sesetengah orang pada permulaan tahun baru, mereka hanya bersemangat pada permulaan tahun dan menjadi kurang semangat di pertengahan & pengakhiran tahun seperti hangat-hangat tahi ayam. Macam-macam azam  yang saya dengar & terbaca dilaman sosial seperti twitter, facebook dan pelbagai lagi. Ada yang ingin tahun 2013 ini nak berkahwin, ada yang ingin memiliki kereta dan seumpamanaya. Itu bagus kalau jikalau sudah memiliki azam sepertii itu, tetapi yang lagi bagus jika kita sendiri dah pasang niat untuk memperbaiki mutu kualiti diri kita untuk jadi yang lebih soleh & solehah. Tak salah jika kita pasang niat seperti itu di tahun  baru masihi walaupun kita sendiri lupa untuk pasang azam di tahun baru Hijrah.

Persoalan demi persoalan yang bermain difikiran saya ini, adakah azam yang kita
impikan itu untuk jangka masa panjang atau untuk jangka masa pendek?? Sedangkan azam untuk jangka masa pendek  pun kadangkala tidak dapat dilaksanakan inikan lagi untuk laksanakan azam untuk jangka masa panjang. Semoga Allah permudahkan kita untuk realisasikan azam kita untuk tahun ini.
Amin...
Akan tetapi yang perlu diingati,setiap tahun kita akan menyambut tahun baru?? usia kita semakin hari semakin meningkat?? tetapi adakah amalan kita makin hari sehingga masuknya tahun baru ini semakin meningkat atau sudah diperbaharui dari yang kurang baik ke yang lebih baik??Oleh itu, Hanya usia yang bertambah, selayaknya amal soleh juga wajib ditambah kerana ajal tidak menunggu kita walau sesaat. Semoga kita terus memperbaiki amalan kita selagi ada ruang yang diberikan oleh Allah...


Akhir kalam===> Selamat Tahun 2013....
Wallahu'alam..=)

Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

Posted by amirul azizi at 9:39 PM 0 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, October 8, 2012

masamu untuk jalan Allah



بسم الله الرحمن الرحيم
"wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela
agama Allah (Islam) nescaya Allah membela kamu ( untuk mencapai 
kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu"

(QS 47;7)

peringatan ataupun janji Allah yang terkandung dalam ayat ini membuatkan
kita yakin dan tidak rugi pun untuk menegakkan agama Allah yang begitu indah & 
syumuliah. Akan tetapi, manusia akan berfikir yang mana mereka tiada masa untuk
mendekatkan & melapangkan diri kepada Allah walaupun seketika dengan alasan mereka sibuk
mengejar syurga dunia yang hanya sementara sahaja.

"akhi, jom pergi masjid?? ada bacaan yassin & ceramah ". sahabat A.
"takpe lah akhi, ana sibuk nak study ni. esok ada test..." sahabat B.

kita tidak perlu risau dengan masa kita untuk digunakan pada jalan Allah kerana masa itu
milik Allah & sungguh beruntungnya orang mukmin yang menggunakan
masanya untuk jalan Allah.

بسم الله الرحمن الرحيم
"Demi masa! sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, melainkan
orang-orang yang beriman & beramal soleh & mereka pula berpesan-pesan
dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar"

(QS 103:1-3)

Oleh itu, janganlah kita berfikiran sempit yang mana jikalau kita guna masa itu pada jalan Allah, pada masa kemudiannya kita akan rugi. Ingatlah segala rezeki & peluang itu datangnya
dari Allah S.A.W  dan bukannya dari kita. Kita selaku hamba Nya hanya mampu berusaha & berdoa
untuk mencapainya.

Moga kita bukan tergolong dalam kalangan mereka yang rugi..
Insya Allah...=)



Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

Posted by amirul azizi at 7:10 PM 0 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, August 11, 2012

Muhasabah seorang pelajar...

Assalamualaikum...
Hai sahabat-sahabat yang dirahmati Allah...Semoga kalian sentiasa dibawah rahmat ilahi..
Kali ini saya teringin nak share ilmu yang saya dapat kepada sahabat-sahabat yang saya hormati sepertimana yang telah diuar-uarkan didalam hadith sahih...
"Rasulullah SAW bersabda : Ketika anak cucu Adam meninggal dunia, maka terputuslah segala amalan perbuatannya kecuali 3 perkara iaitu Amal Jariahnya, Doa Anak yang soleh & ilmu yang bermanfaat"
(Hadith riwayat Bukhari & Muslim)
 sesuatu yang saya hendak kongsikan kepada sahabat2 sekelian adalah satu rahsia yang bakal mengubah diri seorang pelajar menjadi yang hebat..Adakah kita ini sedia untuk mengetahui rahsianya?? Baiklah, Rahsia untuk menjadi seorang pelajar yang hebat adalah dengan sentiasa bermuhasabah di dalam kelas ataupun di dewan kuliah...
Sebelum itu, adakah kita ini mengetahui apa itu muhasabah?? Muhasabah ini aalah merenung semula kebelakang dan membuka jalan yang selesa dihadapan. Maksudnya disini kita sebagai seorang pelajar merenung input-input dan ilmu-ilmu yang kita pelajari dari guru-guru , pensyarah & seumpamanya semasa sesi pembelajaran yang sebelumnya.Contohnya, semasa kita menantikan lecturer Biologi masuk ke kelas, kita seharusnya Menyemak ilmu yang kita pelajari sebelumnya dalam kelas Biologi..



Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

jangan baca sikit^2...ade lagi.....
Posted by amirul azizi at 10:37 PM 0 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: student uitm pahang semester satu

Saturday, July 28, 2012

Ramadhan yang diraikan...

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa sebagaimana telah ditetapkan kepada orang-0rang sebelum kamu mudah-mudahan kamu menjadi bertaqwa”
(Al-Baqarah : 183).

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al-Karim ,selamat datang bulan Ramadhan yang penuh barakah dan bulan yang dikenali sebagai madrasah  atau universiti untuk mengubah umat Islam menjadi umat yang lebih baik dan lebih berjaya lagi. Objektif kedatangan bulan ramadhan adalah ,untuk mengajar umat Islam supaya lebih tekun melaksanakan ibadah kepada Allah. Dalam Bulan Ramadhan disediakan berbagai ibadah dan ganjaran pahala yang sangat istimewa kepada mereka yang berjaya mengamalkannya. Di antara ibadah yang disediakan ialah berpuasa selama sebulan, solat sunat tarawih, qiyamullail, Malam Lailatul Qadar dan sebagainya.

Rebutlah ruang dan peluang yang Allah berikan kepada kita semua untuk melaksanakan segala apa yang disediakan dalam Bulan Ramadhan ini. Jangan lepaskan peluang ini, kerana bagi sesiapa yang terlepas
peluang ini akan mengalami kerugian yang amat besar dan belum tentu lagi kita dapat bersama pada
Ramadhan akan datang .

Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

jangan baca sikit^2...ade lagi.....
Posted by amirul azizi at 10:19 PM 0 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Ramadhan di perantauan..


assalamaualaikum.....
اهلا وسهلان يا رمضان الكريم

Kali ni saya nak share my experience yang mana saya pada tahun ni menjalani ibadah puasa di perantauan iaitu di UiTM Pahang...walaupun saya rasa sedih berjauhan daripada ibu dan ayah, tp saya gembira juga bila saya dapat menjalani ibadah puasa dengan sahabat-sahabat saya di UiTM Pahang ni..Macam ragam yang telah saya lalui dibulan puasa ini semasa diperantauan ini..Banyak ragam dan cabaran yang telah saya & sahabat-sahabat yang mengenali saya ini. Alhamdulillah,selama keberadaan saya di UiTM Pahang ni, saya dapat roomate saya yang hebat-hebat & boleh dianggap sebagai Remaja Ulul Al-bab sepertimana yang terkandung didalam Al-Quran Karim...Tp yang lg best tentang my roomates is ade 3 orang amirul dalam satu bilik yang boleh memuatkan 4 orang sahaja..hehe...
(^-^)...Antaranya saya sendiri ,mirul husry, mirul akmal...& sorang lagi tu fahmie (raja lawak bilik kami)...Kami selalu berkongsi suka & duka bersama...pasal cintan cintun pon masuk dalam sharing kami...haha...roomates saya juga seorang ustaz iaitu ustaz Ajol, Imam muda mirul husry & pak bilal fahmie..semua hebat2 belaka...Rasa malu saya kat diorang ni..huhu...Ape pun Kami sebilik saling kejut mengejutkan antara satu sama lain untuk sama-sama mendapatkan keberkatan ketika bersahur...semoga ianya mendapat keberkatan dari Allah semasa di bulan yang cukup hebat dan tiada tandingan berbanding di bulan-bulan yang lain iaitu Ramadhan al-Karim.....
SEMOGA UKHWAH KAMI TERJALIN SAMPAI BILA-BILA...


Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

Posted by amirul azizi at 12:28 AM 0 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, April 7, 2012

my great biz partner....:)

Assalamualaikum....
hmm...actually, saya sendiri nk share yg mana saya rasa bertuah sangat
mengenali mereka ini sebagai biz partner & sahabat saya selama ini...
Pada minggu lepas..Kami & group kami yang dikenali sebagai Group I.Achievers (Design your Success) telah mengadakan event amal secara besar-besaran di Teluk Panglima Garang...Saya sendiri sangat happy bilamana inilah first time membuat keje bersama2 dengan biz partner yg lain yang berbeza dari segi umur & latar belakang...ape pon mereka semua memang sporting dan ada sifat ikhlas sangat nak membantu antara satu sama lain...Sebelum tu, Group biz saya telah diketuai oleh seorang ketua yg memang sporting habis yg xde pada ketua-ketua group lain iaitu Leader Shahrul...Antara Ahli Group kami ni ialah Kak Ika, Kak Shima, Abg Azli, Khairul & Saya sendiri...Dalam Group kami ni, Saya & Khairul adalah seorang yang paling muda menceburi biz ni...ape pon kami banyak dibantu oleh mentor2 kami yang berusaha nak 
 melahirkan kami sebagai seorang enterpreneur yg hebat suatu hari nanti...Insya Allah...

bersama Mentor Jutawan Amri & Mentor Elly..



Saya berharap agar selepas ni kami akan cuba mencipta kejutan untuk sesiapa yg mengenali kami ni..


Klu takut gagal, jgn mimpi nak berjaya.

Klu takut miskin, jgn mimpi nak kaya.

Klu takut rugi, jgn mimpi nak untung.

Klu takut org mengata, jgn mimpi nak berubah kpd apa yg diinginkn

(kata2 Mentor Abang Rizal)


بسم الله الرحمن الرحيم


Ya Allah....Kau berikan lah Kami kekuatan untuk menghadapi  dugaan yang penuh cabaran & rintangan untuk kami mencipta kejayaan pada masa akan datang..Kau kurniakanlah Rezeki yang melimpah ruah
kepada kami ini & permudahkanlah urusan dunia kami ini untuk kami berbakti
kepada kedua Ibubapa kami & orang yang memerlukan bantuan...
Amin Ya Rabbal a'alamin.....


kenangan  HLS...


Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

Posted by amirul azizi at 9:18 PM 2 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, April 5, 2012

hala tuju kemana lepas ni?????

assalamualaikum...
hmm.. dah lama saya tak meng-update blog ni....ape pon
saya update blog ni hanya utk berceloteh je. Alhamdulillah, result SPM pon dah
keluar, ape pon saya tetap bersyukur ke hadrat illahi kerana dpt result mcm tu..lepas
je result keluar, saya sendiri pon tak tahu nk kemana lepas ni, tp bersyukur kerana
sokongan padu family saya terutamanya pak cik saya, Aris & Mak cik saya, Suria telah memberi
bimbingan kaunseling kepada saya  membuat kaputusan untuk sambung belajar ke IPTA...Mereka mencadangkan saya untuk memohon belajar ke Institut pengajian Guru (IPG)..Saya mencari dan terus mencari iklan permohonan ke IPG  & akhirnya saya jumpa iklan permohon tersebut di ipgm bloggers (fb) ..Iklan yang ditayangkan kt wall facebook tu berupa sekeping surat khabar . Saya rasa teruja & happy sangat sebab saya ada peluang untuk mencuba masuk ke IPG...harap-harap saya dapat ke temu duga nya...Permohonan in dibuka pada 22 hb Mac 2012 hingga 5 hb April 2012. Saya sendiri dah  lama menyimpan hasrat saya untuk menjadi sebagai seorang cikgu / guru & memasuki ke IPG tu...Bagi saya tugasnye sebagai seorang guru  itu amat mulia & saya inginkan ilmu yang saya sampaikan  suatu hari nanti akan berpanjangan dan pahala  amalan saya akan berterusan walaupun ketika saya sudah dipanggil illahi suatu hari nanti..Apabila saya mendapat tahu bahawa permohonan ke  Program Ijazah sarjana Muda Perguruan Ambilan Jun 2012 telah dibuka, saya terus cepat-cepat ke Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Banting untuk membeli no. PIN  untuk permohonan tersebut...saya terus mohon ke Aplikasi permohonan Program perguruan ..Syukur ke hadrat illahi, saya sempat untuk memenuhi tuntutan  permohonan tersebut walaupun  sistem permohon secara online mengalami sedikit masalah teknikal...Hari ini permohonan ke Program Ijazah sarjana Muda Perguruan Ambilan Jun 2012 telah pon ditutup..  Ape pon semuanye selesai untuk permohonan ke situ..Semua ahli keluarga saya amat menyokong keputusan ini ...harap-harap impian ini dapat direalisasikan...

Ya Allah...permudahkan lah urursan duniaku ini & berilah sebaik-baik keputusan ku 
ini..Sesungguhnya engkau maha mengetahui akan segala-gala yg bakal berlaku...

Amin ya rabbal a'lamin...


permohonan saya selesai..





Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

Posted by amirul azizi at 7:24 PM 0 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, February 23, 2012

kerja halal....

Assalamualaikum guys...

Alhamdulillah.. setelah hampir sebulan saya bekerja, banyak
jugak pengalaman yang telah saya dapati..Ramai sahabat-sahabat baru saya dapat berkenalan dengan mereka semua..Memang rasa seronok jugak lah...Mereka itu banyak memberi tunjuk ajar & bimbingan kepada saya selaku pekerja yang baru mencari erti kehidupan mencari rezeki di dunia luar yang sering mencabar...Ini pun masa yang singkat baru saya hendak meng-update blog saya ini setelah lama sibuk dengan kerja tanpa cuti...hehe..Sepanjang saya bekerja di sebuah stesen minyak (Petronas),bermacam-macam ragam manusia yang telah saya temui...ada orang yang terlalu baik sangat, ada orang yang suka bergurau & ada juga orang yang terlalu berlagak dan sombong...inilah rupenye cabaran yang saya telah hadapi selama lebih kurang bekerja di tempat tersebut...Saya ada berjumpa dengan orang baik sangat, iaitu Semasa saya sendiri membantu seorang pakcik tu mengisi minyak kat keretanya, tiba-tiba dia sendiri telah menghulur wang yang agak banyak kepada saya, saya pun rasa serba salah untuk menerimanya kerana saya bantu pakcik itu  ikhlas kerana Allah..ape pun saya terima wang tersebut dan keesokan harinya saya bertemu orang yang meminta sedekah, jadi saya fikir-fikirkan alangkah baiknya jikalau saya menginfakkan wang yang telah diberi pakcik itu semalam kepada yang lebih memerlukan...Masa itulah saya berasa sangat tenang & nyaman apabila hendak memberi kepadanya..
Ada satu masa tu saya telah mengisi minyak, tetibe je ada seorang tu memang poyo & berlagak giler datang kat arah saya, rupenye yang saya sedang minyak kat kereta tu memang kereta mamat poyo tu...ade ke patut die ckap kat saya cam ni dengan gaya kerek tanpa senyum:
" kau ni tukang jaga pam minyak je ke?"
xde kelas r..

memang panas jugak r bile mamat tu ckap camtu kat saya sendiri..rasenye nk je saya ni bom kereta die tu..nasib baik saya sabar je..Nasib baik ayah saya sendiri pun telah memberi semangat untuk
bekerja.. ayah saya cakap: 
" ko biarkan je orang mcm tu..."
xde faedah langsung..dulu pun ayah ade pengalaman mcm ko tu
xpayah heran r...

alhamdulillah, saya dapat tabahkan hati walaupun ianya merupakan cabaran yang besar...Kenapa
r mamat tu x fikir yg saya ni student nk tunggu result SPM..??mmg r xde sijil lg...mne r ade keje yg best nk terima orang tanpa sijil SPM...

bagi saya semua kerja xkesah r kerja tu sebagai cleaner  ke, tukang pam minyak ke, pekerja restoran ke & sewaktu dengannya adalah mulia di sisi Allah...janji ianya halal...


Sabda Nabi (s.a.w) bermaksud:
"Mencari kerja halal itu wajib atas setiap orang Islam."




anyway, sehina mana orang melihat pekerjaan tu, janji ianye halal sumbernya...
usahlah kite terlalu memilih pekerjaan tu...
ape pun, saya bekerja ni pun just n mencari pengalaman mencari duit..





Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

Posted by amirul azizi at 5:24 AM 0 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, February 4, 2012

sinar kelahiran....

Esok bersamaan 5 Febuari 2012, saya & sahabat-sahabat yang lain akan meraikan hari keputeraan Baginda yang mana ianya merupakan agenda utama umat islam untuk meraikannya pada setiap tahun...Kelahiran Baginda juga telah membawa sinar seribu satu makna dalam kehidupan kita selaku umatnya...Saya berasa bertuah sangat sebab saya sendiri dapat menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W yang mana baginda merupakan Nabi & Rasul Terakhir..Di samping itu, baginda juga merupakan kekasih Allah...Walaupun baginda merupakan kekasih Allah, baginda juga tetap senantiasa berdoa kepada Sang Pencipta agar umatnya sentiasa dalam keadaan rahmatnya...Saya yakin bahawa sahabat-sahabat sendiri pun ingin mengikuti jejak langkah keperibadian baginda untuk menjadi khalifah yang sempurna di muka bumi ini.

Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

jangan baca sikit^2...ade lagi.....
Posted by amirul azizi at 7:10 AM 0 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, January 31, 2012

Tak payah sombong^2 ye

Assalamualaikum pembuka bicara..
Salam diberi untuk sidang pembaca....


Jawab salam ye...jangan sombong-sombong x nak jawab salam tu ye...haha... 


Perasaan  Sombong itu memang penyakit hati yang sering melanda dalam diri kita lebih-lebih diakhir zaman ini...Kita juga tahu bahawa orang yang sombong itu ialah manusia yang memandang dirinya itu sangat hebat, sangat sempurna dari pelbagai segi & semua aspek dirinya..manusia ini juga sering memandang rendah terhadap orang di sekelilingnya & menganggap orang lain tak mampu mengerjakan sesuatu urusan....Kenapa pula kita nak ada perasaan segini yang hanya akan memberi kesan yang tak baik kepada seseorang yang bersikap sombong...??
Kekasih Allah juga ada menjelaskan kepada umatnya tentang bahayanya kita 
mempunyai sikap sombong..

Daripada Abdullah Bin Mas'ud, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Tidak masuk syurga sesiapa yang dalam hatinya mempunyai sedikit sifat sombong." Kemudian
sesorang berkata :" ( Ya Rasulullah ..sesunguhnya seseorang itu suka pakaian & kasut yang bagus". Baginda pon bersabda: " Sesungguhnya Allah itu indah & amat suka akan keindahan, (dan dimaksudkan dengan kesombogan ialah menolak kebenaran & merendahkan orang lain." 
(riwayat Muslim...)

Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

jangan baca sikit^2...ade lagi.....
Posted by amirul azizi at 9:51 PM 1 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, January 30, 2012

love is weird....

Assalamualaikum.....

Kali ni saya sendiri nak bercerita & berceloteh pasal C.I.N.T.A....macam lagu C.I.N.T.A yang pernah didendangkan oleh Kumpulan Rock X.P.D.C....hehe...Cinta itu memang pasti akan datang kepada kita semua sebagai fitrah semulajadi untuk memenuhi dalam kehidupan kita yang hanya sementara sahaja & bukannya secara hakiki....Cinta sentiasa membuatkan kita berasa sangat happy dalam kahidupan kita lagi-lagi bila ianya sentiasa berlandaskan syarak....

Ada hadis yang membicarakan tentang cinta..iaitu Tiga cinta yang manis ialah



Tiga perkara  yang barang siapa memilikinya, ia dapat merasakan manisnya iman, yaitu cinta kepada Allah dan Rasul melebihi cintanya kepada selain keduanya, cinta kepada seseorang karena Allah dan membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mau dicampakan ke dalam api neraka” (H.R. Bukhari-Muslim)

Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

jangan baca sikit^2...ade lagi.....
Posted by amirul azizi at 6:38 AM 2 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, January 23, 2012

blog....penerus amal jariah ku....

Assalamualaikum....
hehe...
actually, aku nak share kat sahabat^2 atau korang korang semua yang mane 
ade blog tu kite bersyukur & rase bertuah...sebab ape???
sebab kite sendiri nie dah ade aset (pahala) yang berterusan sehingga ke hari ..


عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له 
Maksud hadis :

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

jangan baca sikit^2...ade lagi.....
Posted by amirul azizi at 8:45 AM 0 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, January 21, 2012

Hajat tidak kesampaian

Assalamualaikum sahabat-sahabat....

Dalam kehidupan kita nie, kita seringkali berdoa & bermohon suatu hajat yang baik untuk diri kita & dan orang lain...Mungkin sebahagian sahabat-sahabat pernah mendengar ungkapan "DOA ITU SENJATA MUKMIN". Dalam Al-quran juga, Allah ade menyatakan kepada kita semua selaku hambanya yang lemah yang mane DIA menyuruh Kita semua berdoa & bermohon suatu hajat kepada-NYA...."Mohonlah kepada-KU, nescaya akan Ku-kabulkan". Pernah juga junjungan besar Nabi Kita meriwayatkan yang mana Rasulullah menyuruh para sahabat nie mendirikan solat sunat hajat utk menyelesaikan msaalah kesempitan makanan pada musim kering suatu ketika duhulu...Semua ini menyuruh kita semua utk berdoa kepada Sang-Khaliq yang maha pencipta. Tapi bila dah berdoa, xdapat pulak...adakah kita nie akan pikir yang ALLAH tidak menunaikan janjinya???????????


Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

jangan baca sikit^2...ade lagi.....
Posted by amirul azizi at 5:38 AM 0 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: just share ilmu je...

Tuesday, January 17, 2012

sahabat lama....

Akhirnya dapat juga saya menyiapkan entri baru baru saya setelah mendapat  bahan-bahannya  yangtelah mencukupi..Selepas beberapa tahun yang  lama terpisah setelah saya dan sahabat-sahabat menamatkan sesi persekolahan di sekolah rendah yang terindah iaitu di Sekolah Kebangsaan Sungai Kelambu & Sekolah Rendah Agama Sungai Kelambu, Banting Selangor ...Sahabat-sahabat saya semua telah menuju ke haluan masing-masing..ada yang telah menyambung pelajarannya di SBP, SAM, SMK dan lain-lain sekolah untuk mendapat pendidikan yang mencukupi...Kini, setelah kami semua tamat alam persekolahan...akhirnya dapat juga 


saya dan sahabat-sahabat di sekolah rendah dahulu dapat berjumpa dan bersua muka...tengok gaya sahabat-sahabat saya semua telah berubah berbanding semasa di sekolah rendah dahulu...Maklumlah dulu zaman kanak-kanak..kini semua nak cover macho & ayu..hehe...apakan daya..itu dah jadi lumrah atau trend remaja masa kini...Saya & beberapa sahabat seperjuangan saya yang lama berjumpa  di Banting Superbowl, Banting untuk sama-sama bermain bowling...saya dan sahabat-sahabat tidak putus-putus untuk menunjukkan skil masing-masing yang lama terpendam...Antara sahabat-sahabat saya yang join reunion yang tak seberapa rasmi ini ialah asnawi, naqiuddin, lokman, aizat, zahar, shafini, fatin,ana, & cahaya....kami berasa seronok setelah bermain bowling bersama-sama...Lokman telah muncul sebagai juara bowling diantara kami semua..hehe...Setelah kami tamat bermain bowling, Kami semua terus menuju ke KFC untuk menikmati makan tengah hari...kami semua berasa lapar & tak sabar-sabar nak makan...kami makan dengan ceria & banyak bertukar cerita antara sahabat-sahabat lama saya...kami sempat membincang aktiviti reunion kami & sahabat-sahabat lama sekolah rendah untuk aktiviti seterusnya..


"Sebaik-baik sahabat di sisi ALLAH ialah mereka yang terbaik terhadap temannya
dan sebaik-baik jiran di sisi ALLAH ialah orang yang terbaik terhadap jirannya"
(hadis riwayat Al-Hakim)





Bersyukur kerana mendapat sahabat yang baik seperti kalian...




Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

Posted by amirul azizi at 10:09 PM 0 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, January 4, 2012

Tahun Baru....Azam baru 2012........

Akhirnya tahun 2011 telah melabuhkan tirainya pada 31 December 2011 iaitu pada pada hari Sabtu yang lepas...Banyak kenangan yang sweet telah tercipta pada tahun 2011...Kini telah 5 hari genap  kita di tahun 2012 yang bakal kita lalui...Alam persekolahan telah pun berlalu...terasa pula diri  ini pula hendak berada di alam persekolahan yang banyak mengajar kita tentang kehidupan....tapi apa kan daya, diri ini semakin hari, semakin meningkat umurnya...Saya mengharapkan agar pada tahun ini dapat menjadi yang terbaik berbanding pada tahun lepas kerana perubahan ini merupakan salah satu daripada konsep hijrah yang di tuntut oleh agama untuk kemajuan sesebuah bangsa khususnya bagi mereka yang beragama Islam.... Disamping itu, bagi mereka yang banyak membantu saya pada tahun lepas iaitu Tahun 2011...terima kasih diucapkan kerana kalian telah membuat diri saya menjadi lebih baik & banyak memberi tunjuk ajar kepada saya yang mana tidak terbalas budi tersebut dengan nilai wang ringgi semata-mata khususya kepada guru-guru dan sahabat-sahabat tak kira mana jua sama ada dari Sek Rendah mahupun di Sekolah menengah...Ape pun di harapkan di tahun 2012 ini akan menjanjikan seribu satu perubahan yang positif terhadap saya sendiri...insya Allah....

Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

Posted by amirul azizi at 6:31 PM 0 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my happy birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

Islamic Clock

Islamic Calendar

Amirul Azizi...
22 march 1994....
Banting SELANGOR....
hidup sentiasa mencari keredhaan Sang Khaliq yang maha Agung.....

Facebook Badge

Amirul Ibnu Amer

Create Your Badge

Powered By Blogger



coretan murabbi

  • Zaharuddin.net
    Soalan Popular Simpanan Syariah : Ulasan Tahap Orang Awam
    8 years ago
  • blog rojak
    Orang-orang Yang Akan Menanggung Dosa Kerana Seorang Wanita
    13 years ago
  • Menjadi pribadi yang bermanfaat

aku....

aku....

pelajar 4 IMAN 2010 (science student)

kunjungan sahabat..

web analyzer
Find ISP Access


Majlis Pimpinan Pelajar 2010/2011

pengikut yang saya sangat hargai...!!

ruang bersantai

blog ilmu....

  • Dakwah Bil Hikmah
    -
  • e-Hadith ::
    -
  • wasiat terakhir rasulullah
    -

Blog Archive

  • ►  2013 (5)
    • ►  December (1)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
  • ▼  2012 (15)
    • ▼  December (1)
      • Tahun Baru 2013 : azam baru..
    • ►  October (1)
      • masamu untuk jalan Allah
    • ►  August (1)
      • Muhasabah seorang pelajar...
    • ►  July (2)
      • Ramadhan yang diraikan...
      • Ramadhan di perantauan..
    • ►  April (2)
      • my great biz partner....:)
      • hala tuju kemana lepas ni?????
    • ►  February (2)
      • kerja halal....
      • sinar kelahiran....
    • ►  January (6)
      • Tak payah sombong^2 ye
      • love is weird....
      • blog....penerus amal jariah ku....
      • Hajat tidak kesampaian
      • sahabat lama....
      • Tahun Baru....Azam baru 2012........
  • ►  2011 (29)
    • ►  December (10)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (6)

aku & frenz....

aku & frenz....

In Memory

In Memory
SAMUSKD IN MEMORY

In mEmory

In mEmory
SAMBBST iN memory

kenangan di pulau langkawi

Ruang bacaan

  • http://www.nst.com.my
  • http://www.penulisan2u.my

coretan sahabat..

  • akhi syahmie
    Mengapa Berhenti?
    3 months ago
  • ukhti sera azwa
    [REVIEW] GARNIER Color Naturals
    6 years ago
  • //Laskar Pelangi
    Wake UP , pleasa !!
    11 years ago
  • khalifah muda......
    Adakah berbalas cintaku???
    11 years ago
  • LangitBiru :D
    Ramadhan .. Gonna miss you
    11 years ago
  • akhi faris nordin
    Memaknai jalan dakwah ini
    12 years ago
  • SebiruHariKita
    Umrah??
    13 years ago
  • ukhti syafua ain
    Temuduga Darul Quran
    13 years ago
  • akhi basyir bulz
    2012
    13 years ago
  • akhi apek
  • akhi amar shafie
Show 5 Show All
Share
Blacy Smiley - Big Smile
Blacy Smiley - Big Smile), default;} a:hover {cursor:url(Sasuke's Mangekyō Sharingan),wait;}
copyright by khalifah muda.... Theme images by micheldenijs. Powered by Blogger.
Sharingan 3 - Naruto