Esok bersamaan 5 Febuari 2012, saya & sahabat-sahabat yang lain akan meraikan hari keputeraan Baginda yang mana ianya merupakan agenda utama umat islam untuk meraikannya pada setiap tahun...Kelahiran Baginda juga telah membawa sinar seribu satu makna dalam kehidupan kita selaku umatnya...Saya berasa bertuah sangat sebab saya sendiri dapat menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W yang mana baginda merupakan Nabi & Rasul Terakhir..Di samping itu, baginda juga merupakan kekasih Allah...Walaupun baginda merupakan kekasih Allah, baginda juga tetap senantiasa berdoa kepada Sang Pencipta agar umatnya sentiasa dalam keadaan rahmatnya...Saya yakin bahawa sahabat-sahabat sendiri pun ingin mengikuti jejak langkah keperibadian baginda untuk menjadi khalifah yang sempurna di muka bumi ini.Kita sendiri juga tahu 4 sifat baginda yang sering kita sendiri ingin ikutinya...antara sifat-sifat baginda itu adalah
- Amanah dalam melakukan urusan rasmi, dalam perniagaan dan dalam kehidupan baginda sendiri...
- BAaginda juga sering menyampaikan dakwah islamiah kepada umatnya agar umatnya sendiri akan sentiasa mentauhidkan Allah...
- Baginda juga bijak menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh kaumnya & umatnya...
- Baginda juga sentiasa bercakap benar & tidak bercakap pada perkara-perkara yang mensia-siakan & mencarut..
Walaupun saya & sahabat-sahabat tidak pernah menemui Junjungan besar Nabi Kita, Nabi Muhammad S.A.W, Kita tetap boleh melakukan amalan-amalan sunnah yang diamalkan oleh baginda sendiri yang mana ianya banyak fadhilatnya kepada kita yang mengamalkannya. Selain itu,mengamalkan amalan-amalan sunnah baginda juga menunjukkan kasih kita terhadap baginda..kita juga sering digalakkan berselawat keatas baginda..Mungkin ada yang sedar & mungkin juga ada yang tak sedar yang mana kita selaku umat islam sentiasa berselawat keatas baginda dalam solat yang kita lakukan...
Jesteru, Ayuh kita semua memperbanyakkan selawat keatas Junjungan besar nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W....
Semoga dengan selawat keatasnya, kita semua akan mendapat ganjaran & syafaat darinya...
Insya-Allah...
saya juga berterima kasih sangat2 kepada mereka yang memberikan
ucapan salam maulidur rasul kepda saya...
semoga Allah merahmatimu...
Salam Maulidur Rasul kepada Umat Nabi Muhammad S.A.W...
ikhlas daripada saya sendiri...







0 komen sahabat:
Post a Comment