
Hari ini saya sendiri mahu berkongsi ilmu yang saya dapat daripada program usrah bersama sahabat-sahabat saya. Apa yang saya dapat dan berfikir sejenak adakah kita ini tergolong daripada generasi Rabbani? Tepuk dada tanya iman kita sendiri. Hakikatnya , Generasi Rabbani dikalangan orang islam adalah satu generasi yang sangat ditakuti oleh golongan kafir. Persoalannya, apa itu generasi rabbani dalam perkongsian ini?? Generasi Rabbani ini ialah generasi yang mempelajari Al-quran & mengajarkannya.
Firman Allah didalam surah Al-Imran :
" Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab, hikmah & kenabian, lalu dia berkata kepada manusia :" Hendaklah kamu menjadi penyembah penyembahku bukan penyembah Allah". Akan tetapi (dia berkata) : " Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani kerana kamu selalu mengajar kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya." (QS 3:79)
Oleh demikian, generasi rabbani inilah yang menjadikan islam itu hebat suatu ketika dahulu berbanding generasi sekarang ini. Kini generasi para sahabat dan para tabiin dan tabi' tabiin sudah semakin hilang.
Persoalannya, kenapa generasi ini hilang? Ini disebabkan angkara dan agenda yang telah dibuat oleh kafir laknatullah. Mereka telah menjauhkan umat islam sekarang dari ajaran islam yang benar dan menanamkan penyakit yang pernah disabdakan oleh junjungan besar nabi kita, Nabi Muhammad SAW iaitu penyakit Wahn iaitu penyakit cintakan dunia dan takutkan mati.
Merekan menanamkan penyakit ini dengan menggunakan teknologi-teknologi terkini dan hiburan yang banyak melalaikan sehingga lupa untuk melaksanakan suruhanNya. Mereka memag ingin melenyapkan generasi ini sepertimana di dalam firman Allah :
Dan orang-orang kafir berkata : " Janganlah kamu mendengar dengan sunguh-sungguh akan alquran ini dan buatlah hiruk pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan mereka " (QS41:26)
Inilah yang menyebabkan umat islam sekarang lemah. Jikalau dibandingkan zaman dahulu, islam amat disanjungi, dihormati dan digeruni tetapi sekarang bagaimana??? umat islam disembelih sesuka hati! Dulu para sahabat cintakan akhirat berbanding dunia, sanggup berjuang bermati matian demi agama, untuk syahid mendapatkan syurga hakiki. Inilah penyebab islam pada masa dahulu hebat. Hanya takut Allah, terbalik pula pada zaman sekarang.
Umat islam sekrang mencintai dunia atas segala-galanya. Mereka hidup hanya untuk dunia tanpa memikir akhirat yang kekal abadi. Benci untuk mati kerana tida mahu kehilangan dunia yang kononnya indah dimata mereka. Kerana itu, mereka takut untuk menegakkan kebenaran, takut mengamalkan sunnah dan takut menggamalkan islam sebenar. Mereka takut jika mereka melakukan semua ini, mereka akan kehilangan harta, pangkat, pekerjaan dan juga rezeki. Konklusinya, mereka mereka ini takut pada manusia! Bukan takut kepada Allah selaku pencipta yang Agung....
Wallahua'alam.
0 komen sahabat:
Post a Comment