-->
khalifah muda......

Islamic Widget

Saudaraku!!berjalan dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, Sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasanwalau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada ALLAH walau DIA tidak kelihatan..
KakiBLOGGER

Wednesday, December 14, 2011

kelasku 5 imtiaz 2011

.......السلام عليكم ورحمة وبركة

Dari awal tahun hingga keakhir tahun 2011 ini, banyak kenangan yang telah tercipa bersama-sama didalam kelas yang cukup happening....kelas kami terdiri daripada 12 orang putera yang kacak & 16 orang puteri yang jelitawan yang mana diperintah oleh Ratu yang kami sayangi iaitu Pn. Um Maisarah Bt Asmara yang banyak mendidik & mengajar kami semua untuk menjadi insan yang berguna pada masa akan datang....Beliau juga merupakan cikgu fizik kami yang banyak memberi penerangan tentang konsep/ PERINSIP dalam fizik...(^_^>>>>)...
Mula-mula kita akan memperkenalkan boss kelas kami iaitu  haziq hazwan  yang mana dia nie seorang boss kelas kami yang cukup bertanggungjawab dan cukup menghiburkan kami serta dapat memeriahkan kelas kami...Bos kelas kami juga mempunyai P.A yang cukup rajin , Wajeeha untuk membantu boss kami yang dalam kesibukan menguruskan hal tentang hal kami semua...hehe...
Kita mulakan cerita tentang sahabat-sahabat 5 Imtiaz 2011 dari sebelah kiri kelas
dengan sahabat kami didalam kelas 5 imtiaz ini ialah naqi yang mana dia nie merupakan exco pendidikan & kaunseling Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) 2010/2011 dan dia nie seorang pelawak kelas kami serta seorang yang berani mencuba.....brovo bro...seorang lagi sahabat kami ialah maman @ luqman yang mana dia nie merupakan the best speaker untuk debat bahasa inggeris dan seorang yang senyap tp senang serta meminati ICT...hidayat pula merupakan seorang yang suka berkawan & peramah terhadap orang laen..kadang-kadang kami gelarnya doktor sekolah sebab dia merupakan exco kesihatan & keselamatan MPP...seterusnya adalah aku sendiri yang mana mcm biase je kat kelas...relex & enjoy & kdng2 tension tp ok cepat je..hehe..Belakang tempat duduk aku pulak merupakan along kelas kami iaitu laily...dia nie seorang  yang cool & selalu banyak memberi nasihat & selalu minta duit kami semua untuk kepentingan bersama..sebelah tempat duduk laily pulak ialah aisyah. dia nie boleh dikatakan seorang atlet & seorang yang sentiasa cool..Belakang laily pula ialah aina..dia nie rajin study kt kelas and then rajin bercerita dengan sahabatnya sehingga saudara naqi dapat mendengarnya...

DiBarisan tengah kelas kami ialah syahmi yang merupakan sahabat paling rapat luqman...dia nie pandai 
dalam bidang tekNologi ICT...Ape-ape pasal komputer je dia nie taw...sebelah syahmi ialah sufian.. dia duduk betul-betul depan meja cikgu...dia nie boleh dikatakan ustaz dalam kelas kami sebab dia seorang amat
meminati hal-hal agama DAN dia nie suka study hard siang dan malam untuk mencapai kecemerlangan...insya-allah...seterusnya ialah ahmad..dia nie boleh dikatakan budak genius dalam pelajaran
sebab dia nie selalu mendapat tempat yang terbaik dalam kelas...ahmad seorang yang relex & steady...belakang tempat duduk syahmi ialah azzam yang mana dia nie selalu sibuk di sekolah sebagai seorang Presiden MPP...walaupun sibuk, dia tetap dapat meluangkan masa bersama kami semua sebagai seorang ahli
kelas 5 imtiaz yang ceria. Seterusnya sahabat kami ialah aqil yang bergelar inspektor polis kelas kami yang telah memberikan keceriaan kelas..Dia nie juga seorang Atlet Olahragawan sekolah 2011..
Di belakangnya pula ialah athirah zulkifli..dia ni seorang yang senyap dan sering di gurau senda oleh seorang sahabat kami (%$##%%^)  untuk menambah kemeriahan kelas kami..Sebelah tempat duduk athirah pula ialah ain syahira @ bonda yang dia nie along sekolah  sebab dia nie Bendahari MPP...walaupun bonda nampak 
garang sesetengah orang, tetapi dia nie seorang yang cool & baik...Seterusnya ialah Farahin...dia ni rajin sgt pergi ke bilik ICT....lg satu dia nie suka sgat anime...di belakang farahin merupakan pakar bahasa arab kelas kami iaitu hurul ain...dia nie boleh dikatakan mcm ustazah je...hehe...Sebelah hurul ain pula ialah syatirah yang merupakan exco perhimpunan yang selalu bercakap di sekolah dan dia ni boleh dikatakan pakar  
sejarah & bijak berbicara....seorang lagi merupakan budak dr daerah banting iaitu sera yang mana sera nie rajin sangat study & dia nie senyap...Dia nie juga merupakan assistance maman sebagai Setiausaha Agong MPP...

Untuk barisan kanan kelas 5 imtiaz 2011 ialah 
zarul yang mana dia nie selalu membuatkan kami semua happy...dia juga merupakan seorang pengerusi
kelab pencegah jenayah  sekolah....
sebelah zarul pula ialah Syazwan yang merupakan penulis khat terhandal di dalam kelas kami....
ramai sahabat-sahabat kami yang memerlukan khidmatnya...walau bagaimana pun, dia nie seorang 
memahami sahabat dan banyak membantu sahabat tika memerlukan....
Dayang & UMI ialah sahabat yang rapat sangat di dalam kelas kami...diorang ni macam belangkas
kemana diorang pergi tetap bersama...Mereka merupakan ex-student SAMUSKD sama seperti AKU & NAQI...Kalau x silap aku r...Dayang nie memang meminati citer korea...hehe...manakala Umi pula seorang
pemalu & dia nie pandai melukis sehingga dia sanggup melukis di asrama sekolah kami...
Belakang tempat duduk mereka ialah aini dan amalina...aini ni seorang yang bijak dalam bab-bab agama
dan dia nie merupakan exco dakwah & rohani dalam MPP..MANAKALA amalina nie seorang yang kaya dengan senyuman & dia nie selalu rapat degan dayang & umi...
dibelakang mereka juga ialah aqiela & athirah....aqiela merupakan exco penempatan & logistik MPP dan dia nie sporting r sama seperti athirah yang banyak memberikan idea untuk kelas 5 imtiaz......


anyway...korang sumua tetap sahabat dunia & akhirat walaupun kita semua telah berpisah...
Semoga memori indah  gelak ketawa bersama masih segar didalam
hati dan ingatan  kita....insya-allah...





Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

Posted by amirul azizi at 9:34 PM 0 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: student 5 imtiaz

Pelajaran daripada Nabi Ibrahim

Nabi Ibrahim Kahlilullah pernah memanjatkan doa di tempat pengembalaan ternakannya di sebuah bukit
di Baitul Maqdis. Lalu, dia bertemu dengan seorang lelaki, ahli ibadah.
Kemudian terjadilah dialog diantara mereka....

Nabi Ibrahim bertanya, " Hari apakah yang paling mulia?"
Ahli ibadah itu menjawab, " Hari Pembalasan, ketika manusia dibalas, antara yang satu dan sebahagian yang lain"
"Apakah engkau boleh mengangkat tanganmu untuk berdoa, sedangkan aku sendiri juga mengangkat tangan mengaminkan doamu agar kita dihindarkan daripada kesengsaraan hari itu??" ungkap Nabi Ibrahim

"Jangan engkau mengharapkan doaku. Demi Allah, aku pernah berdoa sejak tiga puluh tahun silam, tetapi sampai sekarang doaku belum dikabulkan" jawab ibadah tersebut...
"Apakah engkau mahu aku jelaskan tentang sesuatu yang menghalang doamu?"
Ahli ibadah itu menjawab "YA"

"Sesungguhnya jika ALLAH mencintai seorang hamba, nescaya Dia akan menahan doanya agar
dia selalu bermunajat, mengiba & memohon kepada-Nya. Sementara, jika Dia marah kepada 
seorang hamba, nescaya Dia akan cepat mengabulkan doanya atau menghunjamkan
 keputus asaan di dalam hatinya"


Jika doa seseorang hamba selalu di kabulkan setiap kali dia meminta, ketahuilah dia bukanlah hamba lagi. Dia diperintahkan berdoa kerana dia seorang hamba dan ALLAH melakukan 
apa saja yang Dia kehendaki.
(petikan daripada Al Syaikh Al Baha'i)


Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

Posted by amirul azizi at 4:29 AM 1 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, December 13, 2011

Hari Terakhir SPM 2011...



yeahhhhh!!!!alhamdulillah...Peperiksaan 
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011  telah pon tamat
yang mana ianya bermula daripada 14 hb November sehingga 13 hb Disember 2011
yang mengambil masa lebih kurang sebulan....
Terima kasih kepada pengawas-pengawas peperiksaan SPM 2011
yang sudi memantau calon SPM 2011 Salak Tinggi Islamic School Sepang (STISS)
serta melayan kerenah kami calon SPM 2011 semasa Peperiksaan sedang
berlangsung....
Alangkah sedihnya bila kita hendak meninggalkan alam persekolahan 
yang mana banyak berjasa kepada kita.
Sedih bila masing-masing pergi ke haluan yang tersendiri sama ada pergi 
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), pergi menyambung pelajaran untuk
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), bekerja dan lain-lain...
Sungguh Indah Kenangan yang diciptakan bersama para sahabat
yang banyak berjasa dan berbakti...
Anyway...Sahabat,  Insya Allah kita akan bertemu lagi pada 
masa akan datang..
Teruskanlah perjuangan yang tiada penamatnya untuk kita mencipta
kejayaan yang cemerlang...

Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

Posted by amirul azizi at 7:58 AM 0 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, December 11, 2011

projek cuti sekolah....suka-suka je..

cuti sekolah ni memang membosankan bagi mereka yang bersekolah
sama ada bersekolah di sekolah rendah mahupun sekolah menengah...
Namun, pada cuti sekolah ini juga, aku telah mengambil Peperiksaan yang terbesar iaitu 
Sijil Pelajaran Malaysia 2011 yang mana aku mengambil peperiksaan 
tersebut di sekolah yang tesergam indah iaitu 
Salak Tinggi Islamic School Sepang (STISS).
Peperiksaan tersebut akan berakhir pada hari Selasa INI dengan subjek 
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah.
Pada masa yang sama, semasa aku tengah dalam mood peperiksaan,
aku telah mengorbankan masa study aku dengan menolong pak cik aku, Paman Aris 
membina pondok kereta dan pondok berehat (gazebo) di halaman kawasan kami.
Aku menolongnya untuk menhilangkan rasa tension semasa dalam 
mood peperiksaan ini. Semasa
kami menegakkan tiang untuk projek ini memang agak sukar.
Namun,kami seisi keluarga telah memainkan peranan penting untuk menjayakannya.
Memang rasa gayat dan seram pada mulanya untuk menyambung kayu di atas,
tetapi, lama kelamaan, rasa seronok je bila naik keatas untuk
membantu paman Aris memaku kayu diatas.hehe...
 Projek ni baru siap hampir 35% yang mana projek ini bermula semasa 
cuti sekolah ini....



membina pondok letak kereta



memang seronok rasanya bila ada aktiviviti seperti macam ni. Sekurang kurangnya
dapat menghilangkan rasa booooooring di cuti sekolah ini. Turut yang melibat 
dalam aktiviti( projek ni) ialah seisi keluarga kami yang mempunyai masa 
yang lapang untuk turut membantu menjayakannya demi keindahan
dan keserian kawasan halaman kami.

Jadi, melalui aktiviti seperti ini dapat memwujudkan perpaduan dalam kalangan
ahli keluarga untuk mewujudkan keluarga bahagia disamping
saling bantu membantu antara satu sama lain..hehe...(^_^)


terlibat : me, hafiz , paman Aris, my father .....





Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

Posted by amirul azizi at 6:37 AM 2 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, December 2, 2011

Pewaris Kepimpinanku Salak Tinggi Islamic School Sepang(STISS)...

Assalamualaikum....
alhamdulillah tugas & tanggungjawab aku sebagai Ketua Pembimbing
Rakan Sebaya merangkap 
Naib Presiden 3 Majlis Pimpinan Pelajar 2010/2011 STISS telah berakhir...
kini tanggunjawabku 
telah disambung pewarisku yang mana beliau ialah Exco Permakanan & Nutrisi 
Majlis Pimpinan Pelajar 2010/2011...Nama Beliau ialah 
Saudara Muhammad Nor Shukri Bin Hasnol...

  • shuk...la tahzan ok...

Aku harap lepas dibubarkan nie...kamu dapat dapat melaksanakan tanggungjawab dengan 
sehabis baik...ok???
~ Banyakkan bersabar apabila melaksanankan tugas tu...
~Ingat Pesanan Abang Ismul Azzam (presiden 2010/2011) mase malam tu....
~Banyakkan berdoa kepada allah sebagai pergantungan harapan kta terhadapnya.
~Ape pon, buat perancangan yang hebat untuk PRS & Sekolah...Insya allah...

@ jumpa lagi  di aktiviti  terakhir kita di Langkawi di pertengahan bulan 12 nie...
insya_allah 


GOOD LUCK DENGAN TANGGUNGJAWAB INI...


بالتوفيق والناجح.....

Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

Posted by amirul azizi at 7:46 PM 0 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, November 30, 2011

LAgi 2 Paper je lagi UNtuk sAmpaI dI amBang Kemerdekaan...







merdeka untuk subjek sains....


alhamdulillah...
selesai jugak subjek sains iaitu fizik, kimia & Biologi...
semalam aku baru habis menjawab paper Biology untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011..
banyak ilham yang tiba-tiba keluar semasa jawab exam semalam...
student yang paper biology semalam tak ramai pon...just 28 orang je...
rase tenang yang lain macam je mase ambil paper bio semalam...

kini, aku senang hati untuk menumpukan 2 paper lagi untuk mencapai kemerdekaan...
Pendidikan Al-quran & sunnah dan Bahasa Arab Tinggi (الغة العربية العالية) menjadi tumpuan aku untk capai A dalam SPM 2011...insyaallah..
ape pon..dalam mase seminggu nie persediaan untuk paper Bahasa arab Tinggi harus diutamakan sebab 7 hb December 2011 bersamaan 11 Muharram 1433H akan berlangsung peperiksaan SPM untuk subjek tersebut.
manakala..
Bagi paper Pendidikan Al-Quran & Sunnah (paper yang terakhir untuk SPM 2011) akan berlangsung pada 13 hb December 2011 bersamaan 17 Muharram 1433H...
ape pon...SPM 2011 aku akan tamat pada 13 December...
ade lagi lebih kurang 13 hari lagi untuk menanti saat-saat itu....
Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

Posted by amirul azizi at 5:26 PM 0 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, November 4, 2011

alamak!!! tak sempat...

Ya allah!!! cepatnya masa berlalu. Tidak sedar pun rupanya pengantian siang dam malam silih berganti pantas berlalu. Pejam celik pejam celik sudah masuk bulan yang baru. Tahun pula silih berganti. kalau begitu, memang sah hidup kita di dunia sangat pendek jika dibandingkan dengan kehidupan di akhirat yang kekal abadi. Kalau SYURGA yang menjadi  destinasi kita, syukur ALHAMDULILLAH tapi kalau NERAKA yang menjadi destinasi kita, NAUZUBILLAH.
tetapi hairan jika kita dengar orang yang berkata " alamak!! tak sempat nak buat ibadah!". Belum sempat kita mengumpul amal ibadah, kita sudah dipanggil menghadap-Nya.
lebih baik kita usahakan seperti ini

  • Tidak sempat nak buat maksiat sebab sibuk buat ibadah
  • tidak sempat membazir sebab sibuk bersedekah
  • tidak sempat terlajak subuh sebab sibuk mengejar keberkatan bangun awal & beribadah di waktu fajar
  • tidak mensia-siakan masa sebab sibuk dengan agenda sebagai seorang khalifah & hamba
  • tidak sempat nak buat jahat kepada makhluk dimuka bumi sebab sibuk menyebarkan  kasih sayang
Masya-Allah...banyak sungguh amalan yang kita boleh kumpulkan didunia ini jika kita selalu tidak sempat melakukan kemungkaran & kejahatan di dunia yang penuh dugaan hidup.

Terima kasih sahabat kerana membaca....datang lagi ye...

Posted by amirul azizi at 9:53 PM 0 komen sahabat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my happy birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

Islamic Clock

Islamic Calendar

Amirul Azizi...
22 march 1994....
Banting SELANGOR....
hidup sentiasa mencari keredhaan Sang Khaliq yang maha Agung.....

Facebook Badge

Amirul Ibnu Amer

Create Your Badge

Powered By Blogger



coretan murabbi

  • Zaharuddin.net
    Soalan Popular Simpanan Syariah : Ulasan Tahap Orang Awam
    9 years ago
  • blog rojak
    Orang-orang Yang Akan Menanggung Dosa Kerana Seorang Wanita
    13 years ago
  • Menjadi pribadi yang bermanfaat

aku....

aku....

pelajar 4 IMAN 2010 (science student)

kunjungan sahabat..

web analyzer
Find ISP Access


Majlis Pimpinan Pelajar 2010/2011

pengikut yang saya sangat hargai...!!

ruang bersantai

blog ilmu....

  • Dakwah Bil Hikmah
    -
  • e-Hadith ::
    -
  • wasiat terakhir rasulullah
    -

Blog Archive

  • ▼  2013 (5)
    • ▼  December (1)
      • Adakah berbalas cintaku???
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
  • ►  2012 (15)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  April (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (6)
  • ►  2011 (29)
    • ►  December (10)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (6)

aku & frenz....

aku & frenz....

In Memory

In Memory
SAMUSKD IN MEMORY

In mEmory

In mEmory
SAMBBST iN memory

kenangan di pulau langkawi

Ruang bacaan

  • http://www.nst.com.my
  • http://www.penulisan2u.my

coretan sahabat..

  • akhi syahmie
    Mengapa Berhenti?
    5 months ago
  • ukhti sera azwa
    [REVIEW] GARNIER Color Naturals
    6 years ago
  • //Laskar Pelangi
    Wake UP , pleasa !!
    11 years ago
  • khalifah muda......
    Adakah berbalas cintaku???
    11 years ago
  • LangitBiru :D
    Ramadhan .. Gonna miss you
    12 years ago
  • akhi faris nordin
    Memaknai jalan dakwah ini
    12 years ago
  • SebiruHariKita
    Umrah??
    13 years ago
  • ukhti syafua ain
    Temuduga Darul Quran
    13 years ago
  • akhi basyir bulz
    2012
    13 years ago
  • akhi apek
  • akhi amar shafie
Show 5 Show All
Share
Blacy Smiley - Big Smile
Blacy Smiley - Big Smile), default;} a:hover {cursor:url(Sasuke's Mangekyō Sharingan),wait;}
copyright by khalifah muda.... Theme images by micheldenijs. Powered by Blogger.
Sharingan 3 - Naruto